Assalamualaikum dan salam Ramadhan…
Tulisan kali ini aku tujukan khas kepada YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Najib Razak serta sekutunya
YB Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman,
Parlimen Libaran Datuk Juslie Ajirol,
DUN Gum-Gum YB Datuk Zakari Mohd Edris
Salam perpaduan… terima kasih BN
Ramadhan dan Syawal 1435 H ( 2014M ) – penduduk Kampung Jaya Bakti masih lagi bersahur dan bersungkai (berbuka) dengan bekalan air hujan yang ditadah melalui atap zink ke tangki-tangki yang indah menghiasi persekitaran rumah. Mungkin perlu lagi 10 tangki untuk menghiasi laman belakang. Aidilfitri yang bakal menjelang? Syukur ada tangki rahmat dari barisan nasional yang sentiasa “Menepati Janji Membawa Harapan”
40 tahun…. lebih 40 tahun… Sejak tanah Rancangan Ulu Dusun, batu 36 di Beluran dibangunkan Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah pada 1972 hingga kini (2014), penduduk perkampungan tanah rancangan yang juga dikenali sebagai Kampung Jaya Bakti, masih belum menikmati kemudahan bekalan air bersih… terawat.
Generasi warga emas dan peneroka awalnya ramai yang sudah kembali ke rahmatullah dan meninggal dunia…
Dibenam bersama janji demi janji yang telah dilafazkan oleh pemimpin yang diberi mandat…
Serta berlonggok tangki-tangki yang telah diberi sejak berdekad dekad… Bolehlah buat koleksi tangki…
Ada hujan… Adalah stok air… Jika kemarau…?
“Bukan semua air dalam tangki boleh digunakan sepenuhnya kerana saluran air dari bumbung sudah banyak yang berkarat. Kami bimbang menggunakannya untuk diminum kerana mengandungi karat yang berbahaya untuk kesihatan,” – Petikan kenyataan Ketua Kampung Jaya Bakti, Othman Abdullah, daripada BERITA HARIAN [ 10.03.2010 ] Tajuk Berita : 30 Tahun Tunggu Bekalan Air Bersih (entah kenapa link ini sudah tidak berfungsi… tetapi salinan berita ada aku copy di SINI)
Bayangkan kesukaran dialami setiap kali tiba musim perayaan dan musim cuti sekolah apabila sanak saudara balik ke kampung…
“PENDUDUK KAMPUNG BAKTI YANG KIRA-KIRA LEBIH 1500 ORANG HIDUP DENGAN HANYA TERPAKSA BERGANTUNG DENGAN MENGGUNAKAN AIR ANAK SUNGAI DAN LONGKANG KOTOR UNTUK MANDI, MEMASAK,MINUMAN DAN MENJALANKAN RUTIN SEHARIAN SEBAGAI MANUSIA DAN ORANG ISLAM. JIKA SEBULAN HUJAN TIDAK TURUN MAKA SEBULAN LAH MEREKA TONG-TONG TADAHAN MEREKA KERING.NAUZUBILLAH!
Penderitaan itu amat saya rasai setelah lebih tiga minggu berkampung di sana. Allahuakbar, hanya Allah sajalah yang tahu kesusahan mereka. Mungkin dari pihak yang bertanggungjawab tidak pernah merasai bagaimana keperitan dan penderitaan hidup mereka,apatah lagi yang ada anak-anak kecil di rumah tidak kurang juga suri rumah sepenuh masa.
Sumber pendapatkan mereka bukan lah lumayan sampai beribu-ribu untuk membeli tong-tong air dan beli air mineral di luar” – Petikan, Azurin di Aduanrakyat.com.my
Dan beberapa kali aku pernah meninggalkan komen, di website rasmi 1malaysia dan facebook milik PM. Hampa…
Seingat aku, isu ini pernah keluar di televisyen, RTM… tarikh bila? aku lupa…
Di surat khabar pun ada memaparkan isu ini.
“Pembinaan Loji Air Di Beluran Mula Tahun Depan” – Berita Harian, September 2013.
“Jika diluluskan, pembinaan loji dianggarkan bernilai RM34 juta menerusi projek bekalan air luar bandar itu akan dimulakan tahun depan”~ dari petikan jawapan Lim Lam Beng, Timbalan Pengarah Jabatan Air negeri Sabah.
Jika DILULUSKAN ?
Perlukah ianya menjadi isu nasional yang melibatkan kematian / wabak penyakit / ‘Cadbury’ dan diAgamaPolitikkan barulah ianya akan mendapat perhatian?
Juga sudah masuk ke Biro Pengaduan Awam
Ya… nampaknya seperti ada usaha sedang dijalankan… mana khabar yang baru?
Ya… membina sesuatu itu bukanlah mengambil masa sehari semalam.
tetapi… sejak bila penduduk merayu dan merintih? tahun lalu? kelmarin?
atau… jawapan-jawapan diberikan hanya sekadar ‘permainan politik’… penyedap halwa…
Baiklah Datuk-Datuk sekalian… jika sudi datanglah bertandang di Aidilfitri…
Tolonglah…
Terkenang sewaktu tinggal di ladang SLDB pekan pitas penghujung tahun 80an dulu. Tapi sekarang ni tahun 2014, millenium yg baharu sudah masuk tahun yg ke13. Keperluan asas pun negeri tidak dapat sediakan? *FAIL@GAGAL*
Masalah ketiadaan keperluan asas ini seperti tidak berpenghujung. Sistem kuota dan kepadatan penduduk menjadi kayu ukuran untuk setiap keperluan asas diberikan… Adil?
Saya pernah menulis di halaman facebook aduan rakyat beluran dan cc kan ke aduan rakyat sandakan pada 2011.. tidak ada tindakan apa pun… sehinggalah pada 2014 saya highlight komen saya di wall aduan rakyat beluran itu.. mmg tidak ada tindakan di ambil..
Dan pada tahun ini kg. Jaya bakti masih lg di takluk lama… air hujan memjadi keperluan utama sebagai air minum… Adakah kg. Ini terlepas pandang atau tidak di pandang langsung…
Menurut pihak-pihak terlibat tindakan sedang dibuat, malangnya penduduk Kampung masih ‘menanti’ khabar gembira…
2018..
Keadaan masih sama…
Dimana pihak berwajib….
Mau tunggu berapa tahun lagi…
Harap-harap dapat selesai sebelum Raya 2019 nanti.
…ada kah isu ini sdh di selesaikan…27 mei 2020 / 5 syawal 1441.
Alhamdulillah, bertambah baik