Ikhtiar | Takut Takkan Ku Nak Takut

JangantakutDatang ribut datang taghut,
ku bergelut dalam selut,
jangan hanyut jangan kalut,
nanti terjerut bawa maut.
Takut? Takkan ku nak takut.

Lebih kata berkuah cela,
tukar kuda ganti pelana,
satu masa kau pula,
rasa kopi tiada gula.
Kecut? Takkan ku nak kecut.

Sudah bangun boleh rebah,
walau hebat walau gagah,
jangan terlewat bermuhasabah,
cari sejadah cari Kaabah.
Sujud? Takkan kau tak sujud.

Ghaib ku pencil diam ku tak gigil,
masih ku waras gigih mengasah pensel,
mengais ku tak menguis usaha biar degil,
man jadda wa jada mata terkebil-kebil.

Gagal? Takkan merancang untuk gagal,
gagal merancang itu memang dangkal,
merancang tuk gagal bukannya bebal,
bidak ku jatuh itu mainan akal.

Jangan takut, jangan lari… itu semua cobaan….

Ikhtiar? Takkan ku tak ikhtiar… Allahu Akbar

~Remie- Jun 2014

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!