
Salam Ramadhan 1435H, selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat. Bulan penuh kerahmatan, sarat dengan ujian menangani nafsu. Dugaan yang menimpa jadikan sebagai penyubur zuhud. Hikmah… pasti ada hikmah di sebalik segala ketentuanNya. Takbir… Allahu Akbar.
Bagaimana dengan Ramadhan kali ini? Ada perancangan dan ‘misi’ yang mahu dilengkapkan? Dikasi jadi geng…
Aku? Ya… banyak perkara perlu dilangsaikan. Banyak mahu yang hendak direalisasikan. Banyak yang tertinggal harus dikejar. Banyak yang sikit wajib diperbanyakkan. Cobaan… benar, tidak mudah tetapi jangan pernah mudah mengalah.
Bah… selamat menahan diri dari lapar dan dahaga. Selamat beramal. Selamat berusaha.
Nota kaki : Analogi
Otak masih belum jaga. Berkakai mencari ayat untuk ditaip. Fokus kepada perkara yang perlu dibuat. Cobaan… hehehe