Silir Semilir | Timpa Bertimpa

-standbudakhutan

Akal ligat berselirat, peluk tubuh dingin, belikat dan tongkeng bingung…harap saja apireksia. 

Relung masa kudup mulur selari satah lompong di ruang kosmik. Lopong omong kosong? Ghaib bukan mencari nikmat. Bukan juga musyahadah atau kerana maakulat . Siluman kerana tiada daya. Cela? ku tangkis sahaja dengan sabar, seperti pohon bambu ditiup angin. Man jadda, wa jadda.

Kita bukan mamalia kendong, punya kantung atau saku di perut. Kita punya babat yang dikendong. Canggung? Resmi resam, kalau hidup tidak berbudi, duduk salah berdiri canggung.

Lauk cecah sambal, kalau pedas makan timun. Marah tangan dikepal, hilang waras maki hamun. Kosa kata? Leksikon pedagogi. Loh Mahfuz.

Silir semilir timpa bertimpa. Moga jasad terus berjisim. Jauh dari isim-isim bersulam kelam. Hilang sepuh nampak senam. Jangan kalut, kita semua lut. salut? 

nota kaki :

bungkam mencengkam ?

Untung bagai roda pedati, malang tiada datang tunggal, sauk air mandikan diri, isi dada bekal cekal.

sit-budakhutan

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!