Axelle Despiegelaere | Cinderella Hilang Sakti

Axelle Despiegelaere-loreal2

Siapa sangka hanya kerana gambarnya menjadi viral di media sosial dan internet selepas wajahnya terpapar di televisyen dan fotonya itu berjaya memikat agensi L’Oreal untuk menjadikan Axelle Despiegelaere sebagai seorang model mereka. Gadis comel 17 tahun dari Belgium ini mengikat kontrak bersama L’oreal beberapa hari selepas kejadian viral itu.

Dibawah adalah video Axelle bersama L’oreal. Mimpi yang sangat indah bukan! yang pasti kontrak bersama L’oreal bukannya seringgit dua…

Saksikan gambar-gambar si gadis di Piala Dunia… nasib badan! kalau lelaki pula ada tak yang ambil jadi model? kalau ada nanti aku pergi Piala Dunia 2018 di Russia… tolong ambil aku jadi model.. hahaha

Axelle Despiegelaere-loreal3

lawa ? mungkinlah..ada jugalah persis model

Axelle Despiegelaere-loreal4

Mesti kawan-kawan dia tak puas hati ni.. kenapa mereka tidak dipilih?

DV1780834

mungkin ini salah satu faktornya Axelle diambil sebagai model L’oreal… kerana ketiaknya?

CINDERELLA HILANG SAKTI

Axelle-Despiegelae_2971898b

Tetapi belum pun tamat Piala Dunia 2014, belum sempat Jerman menjulang Piala Emas itu… L’oreal membatalkan kontrak bersama Axelle selepas gambarnya pergi memburu dengan kenyataan yang agak kurang baik juga menjadi viral beberapa hari selepas kontrak … MALANG! Hubungan bersama L’oreal diputuskan.

Komen di media sosial beliau untuk gambar itu…

Hunting is not a matter of life or death. It’s much more important than that … this was about 1 year ago … ready to hunt Americans today haha”

Kenyataan dikeluarkan sebelum perlawanan Belgium menentang Amerika Syarikat… Tak apa..jangan sedih… Untuk edisi Piala Dunia akan datang Axelle akan berumur 21 tahun, dia masi hada peluang untuk kembali mencuri tumpuan… tetapi dengan harapan, pasukan Belgium berjaya ke saingan itu nanti.

Tamat cerita indah si puteri… sekejap cuma…

Ok.. Jujurnya… memang tidak boleh tidak, jurukamera bertugas banyak mengambil gambar gadis-gadis cantik dan lawa di Piala Dunia kali ini…. bukan setakat itu, tetapi ekspresi dan ragam-ragam penonton juga banyak yang berjaya dirakamkan. Menarik.

Rasanya… rasanyalah… bagi aku lawa lagi gadis dibawah ini. Aummmm….. ok…ok.. puasa..

gadis-piala-dunia-2014-lawa

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!