Gayut | Duduk Mengiau, Terkam Gaya Harimau

gayutDibumi ku berpijak sentiasa rendah diri,
Yakin ku berdiri tiba masaku berlari,
Takkan benar ku hilang, Berbisik dalam diam,
Mereka bilang ku banyak ragam,
Baiknya mereka yang dapat genggam,
Ku kata caraku duduk mengiau,
Melompat ku terkam gaya harimau,
Jadi semua bagi aku friskies sangka aku tiada kuku,
Ini aku,Ikhlas…
Kau main culas, aku tetap ikhlas,
Tapi sekarang memang jelas,
Ku tak mahu wang hanya sahabat ikhlas,
Duit tidak boleh beli masa,
Cukup waktu kita akan tetap pergi juga,
Tapi sekarang rasa macam kena paksa,
Mereka kata mereka yang jadi mangsa,
Darjat kita berbeza jadi mereka punya kuasa,
jadi tepi sikit, tumpang lalu, biar yang lalu jadi yang lalu,
Apa yang jadi hari esok … itu esok baru tahu !
Kau ada tahu kisahnya?
Atau kau saja nak buruk sangka
Kalau buruk sangka, tolong simpan kata-kata
sebelum terlebih belanja…
kalau sudah hidung tinggi,
tak lihat apa dibawah,
Kalau panjat tinggi-tinggi
jatuhnya tetap ke bawah..
elok gayut perlahan mendaki,
perlahan-lahan kutip rezeki,
simpan satu sedekah dua kali,
kadang elok rehat berhenti,
kita tengok apa yang kan jadi !

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!