Gaza | Tangisan Berdarah Di Bulan Ramadhan

israel-hamas-berbalas-roket-gaza

Gaza, Palestin tidak pernah sunyi dari konflik berdarah ini. Walaupun gencatan senjata pernah termeterai sebelum ini, tetapi malangnya ia dicabuli. Pihak Zionis mengatakan mereka mengambil tindakan mempertahankan diri. Tindakan mereka ini disokong oleh Presiden Amerika Syarikat, Obama, walaupun beliau mengutuk serangan yang mengakibatkan nyawa oarang awam terutamanya kanak-kanak terkorban, tetapi beliau memberikan penegasan bahawa tindakan Israel itu untuk mempertahankan diri…

Sama seperti kejadian-kejadian yang menghalalkan pencerobohan Amerika Syarikat dan menyerang Iraq dan Afghanistan serta campurtangan di beberapa buah negara lain. Tetapi kuasa besar dunia ini kecut dengan Korea Utara yang terang-terangan mempunyai kuasa nuklear dan aktif dalam melancarkan ujian-ujian peluru berpandu. Mungkin kerana belum ada kejadian-kejadian besar yang dimulakan oleh Korea Utara… seperti menyerang dan membedil Korea Selatan dengan rantaian peluru berpandu…

israel-hamas-berbalas-roket-gaza1

Kelihatan didalam gambar di atas, Hamas dan Israel berbalas tembakan roket.

Mangsa-Bayi-Israel-Bedil-Gaza

Menyayat hati….Ayah kepada kanak-kanak Palestin yang berusia 3 tahun, Mouid al-Araj, mengangkat jenazah anaknya di majlis pengebumian di Khan Yunis, Selatan Gaza hari ini.

Mayat-Mangsa-Serangan-Israel-2014

Jenazah 18 ahli keluarga Batsh yang terbunuh dalam serangan udara Israel sebelum lewat tengah malam semalam di usung untuk dibawa ke masjid untuk Solat Jenazah sebelum dibawa ke tapak pengebumian di Gaza.

Solat-Jenazah-Gaza2014

 Pilu hati melihat peristiwa sebegini berlaku…. Takbir… Alllahu Akbar!

Doa-Pusara-Mangsa-Serangan-Israel

 Sebahagian dari rakyat Palestin yang menghadiri pengebumian berdoa di pusara keluarga Al-Batsh yang terkorban

Gaza-Dibedil-Israel-2014 (17)

 Anak kepada salah seorang keluarga Palestin Tayseer Al-Batsh tidak dapat menahan sebak semasa pengebumian ahli keluarganya.

Ah..cuba sahaja bayangkan kita berada di situasi yang sama, beriftar / berbuka / bersungkai bersama dan malamnya kehilangan mereka-mereka yang kita sayang. Habuk masuk mata…

Gaza-Dibedil-Israel-2014 (13)

 Seorang makcik yang berlumuran darah selepas serangan pihak Zionis. Israel !

Gaza-Dibedil-Israel-2014 (14)
Seorang ibu yang cuba menenangkan anaknya didalam wad kecemasan di sebuah hospital di Gaza.
Kecil-kecil lagi mereka sudah menempuh dugaan yang maha hebat
Mampukah emosi kita terkawal jika anak, adik dan keluarga kita yang menjadi mangsa?

masjid-gaza-dibedil-israel-bom

 Serangan udara Israel turut menjadikan masjid sebagai sasaran. Ya Allah…

Gaza-Dibedil-Israel-2014 (7)
Apabila melihat gambar dapur sebuah rumah yang telah musnah akibat serangan ini aku teringat bait-bait kata / puisi dari Cik Amelia di blognya…
Kakakmu ada didapur…
menyediakan juadah untuk berbuka Maghrib nanti…
Cuba hidu enaknya masakan kakakmu
itu… lihat dia tersenyum
membelai rambutmu…”
aaaa…..habuk masuk mata! boleh baca disini : Blog Amelia : Jangan Menangis Sayang

Gaza-Dibedil-Israel-2014 (4)
Terdapat keluarga-keluarga Palestin yang berpindah ke sebuah sekolah PBB untuk mendapatkan perlindungan. Mereka meninggalkan rumah di pertengahan bulan Ramadhan, lebih kurang 2 minggu sebelum ketibaan Syawal.
Gaza-Dibedil-Israel-2014 (6)

Golongan wanita dan kanak-kanak kebanyakannya berlindung du pusat perlindungan itu sementara pihak Zionis masih berterusan melancarkan serangan di luar.

Gaza-Dibedil-Israel-2014 (11)
Kanak-kanak ini melakar ‘cerita’ mereka di papan hitam sekolah, tempat berlindung. Bagaimanalah nasib mereka, pendidikan … masa depan? Bukankah ini hanya akan menyebabkan DENDAM itu terpahat kemas di sanubari mereka? Kamu telah membunuh keluargaku, saudaraku, rakanku… haruskah aku berpeluk tubuh dan tersenyum?

Sementara itu di seluruh dunia, orang awam ramai membantah dan mengutuk serangan Israel ke atas Gaza.

Gaza-Dibedil-Israel-2014 (2)

Di Paris beribu-ribu penyokong Palestin berarak melaungkan slogan anti Israel

Gaza-Dibedil-Israel-2014 (8)

Di Indonesia, warga muslim menghadiri perhimpunan membantah dan mengutuk serangan Israel.

Gaza-Dibedil-Israel-2014 (12)
Gaza-Dibedil-Israel-2014 (9)

Di New Delhi, para penunjuk perasaan juga menyuarakan rasa tidak puas hati mereka.

Gaza-Dibedil-Israel-2014 (10)

Bantahan di Sydney Australia

Gaza-Dibedil-Israel-2014 (15)

Perhimpunan di Damascus, Syria

Gaza-Dibedil-Israel-2014 (16)

 Masyarakat di Hong Kong berarak membantah tindakan ketenteraan Israel ke Palestin.

Gaza-Dibedil-Israel-2014 (19)

Rakyat Lebanon juga tidak ketinggalan menunjukkan protes

Jewish-Condemn Israel-Ny

Lebih menarik, terdapat golongan Yahudi yang turut mengutuk serangan Zionis!

Remaja-Israel-Tonton-bom

Malangnya, serangan udara pihak Israel menjadi ‘hiburan’ untuk dilihat oleh rakyat Israel

Tentera-Israel-Bersedia (1)

Zionis memperkukuhkan kedudukan dan bersiap sedia untuk melancarkan serangan lanjut melalui darat.

Tentera-Israel-Bersedia (2)
Tentera-Israel-Bersedia (3)
kereta-kebal-israel-serang-darat
Israel mendakwa pengeboman bertujuan menghentikan bedilan roket pejuang Palestin ke bandar Israel. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin berkata tiga perempat daripada mangsa yang terkorban dalam serangan Israel ialah penduduk awam Palestin. Kedua-dua pihak menolak cadangan gencatan senjata, ketika dunia merayu Israel dan Hamas menamatkan permusuhan.

SAMPAI BILA ?

Sesuatu harus berlaku… dan dijadikan realiti

Sedang bergerak. Panji Hitam Dari Khurasan

BERIKAN SUMBANGAN ANDA

www.tabunggaza.com

www.aqsasyarif.org.my

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!