Jangan Menangis Sayang | Gaza

Jangan menangis sayang…

Abangmu tidak pergi kemana-mana…
Dia ada bersama teman-temannya…
bermain bola di padang sekolah…
itu… lihat dia tersenyum

Kakakmu ada didapur…
menyediakan juadah untuk berbuka Maghrib nanti…
Cuba hidu enaknya masakan kakakmu
itu… lihat dia tersenyum
membelai rambutmu…

Ibu..
ibu ada disini…
memerhatikanmu puteriku…
Cuba cium pipi ibu…
nah.. kan ibu tersenyum…

Ayah…
Ayah ada disana…
sedang membaiki basikal roda tigamu…
Cuba panggil ayahmu…
nah… kan ayah melambaimu…

Jangan menangis sayang…
Jagalah dirimu…
Tabahkan hatimu…
ntuk harungi masa mendatang…

jangan kau lawat sekolah yang kini tiada penghuninya
kerana abangmu tidak ada disana…

Jangan kau ke dapur… kerana rumah kita sudah hancur
kerana kakakmu tidak ada disana…

Ibu dan ayah… ada disini…
Luangkan masamu …
sedekahkan kami Al-fatihah…
pusara kami sebelah menyebelah..
kerana ibu sayang ayah…

jangan menangis sayang…. jangan…

catatan: AmeliaJulai2014

nota:

Ah… kali ini aku tewas. Pilu bila membaca coretan yang satu ini.

Habuk masuk mata.

Salin dan tampal dari tuan punya blog.

terima kasih Amelia

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!