Lebih kurang pukul 4 pagi tadi telah berlangsungnya Majlis Pembukaan Sukan Komanwel ke 20 di Glasgow, Scotland. Malaysia berarak masuk dengan segak berbaju Melayu dan Baju Kurung berwarna Jingga, manakala beberapa atlet memakai seragam pramugara dan pramugari MAS, sebagai satu tanda penghargaan dedikasi untuk mangsa tragedi nahas MH17. Kontinjen juga kelihatan memakai lilitan tangan hitam , menunjukkan betapa rakyat Malaysia sangat terkesan dan bersedih di atas kejadian MH17. Salut !
Fatehah Mustafa, pelumba basikal negara, diberi penghormatan sebagai pemegang bendera Malaysia dan Chef De Mission, Datuk Ong Poh Eng mengetuai barisan kontinjen Malaysia.
Acara yang berlangsung di Celtic Park itu meriah berwarna-warni dengan beberapa keunikan dan kelainan daripada Sukan Komanwel dalam edisi-edisi yang lalu. Hebat! Cuma… agak ganjil juga bila seekor anjing baka Terrier Scotland menjadi ‘ketua’ mendahului setiap kontinjen kali ini. Kalau Malaysia berpeluang sekali lagi untuk menganjurkan Komanwel, binatang apakah yang akan kita jadikan ‘ketua’? hehehe
Semoga sasaran kita untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 7 Emas berjaya !
Nota:
Sedih juga bila atlet menembak negara, Nur Ayuni Farhana Abdul Halim tidak dapat menyertai kejohanan kerana masalah jaket yang hilang bersama bagasi dalam perjalanan ke Scotland. Alamak! Beliau merupakan pemenang emas, di Komanwel Delhi.. .sedih tu.. dahlah lawa… eh!