Gol di minit-minit akhir pada masa tambahan oleh Mario Gotze mengecewakan pemain Argentina dan penyokong mereka yang berharap permainan itu ditentukan melalui sepakan penalti. Messi kelihatan sangat tertekan hinggakan pada minit terakhir dia mengambil sepakan percuma yang jauh tersasar dari pintu gol Jerman.
Ya… pasti sedih kan. Sedangkan perlawanan antara sekolah-sekolah pun kita sudah boleh bersemangat ‘kesekolahan’ yang melampau. Apatah lagi ini peringkat dunia, empat tahun sekali. Yang menonton melalui televisyen pun boleh habuk masuk mata… sob sob sob…
Messi akan berusia 31 tahun pada Piala Dunia edisi 2018 di Russia… masih boleh bersinar dan mengecapi tahap lagenda. Mungkin agak ironi apabila Messi dipilih sebagai pemain terbaik kejohanan.. mukanya sangat sugul sewaktu ambil pingat, menahan sebak.
Pasukan Argentina punya ruang dan peluang untuk mendahului dan memenangi permainan ini… tetapi mungkin… mungkin kemenangan besar Jerman ke atas Brazil, sedikit mengganggu emosi dan motivasi mereka. Tekanan untuk tidak menjadi pasukan belasahan.
Sedih melihat reaksi mereka pagi tadi.
Jerman pula berjaya merangkul Piala Dunia 2014. Ya, prestasi mereka di Brazil ini sangat mengagumkan, mengalahkan beberapa pasukan pilihan utama. Mantap! lepas ni mahu beli jersi Jerman… hahaha
Sepanjang Piala Dunia kali ini, aku nampak banyak pasukan yang boleh beri kejutan dengan pemain-pemain hebat. Nampaknya kalau percaturan setiap pasukan mantap, pasti persaingan di Piala Dunia 2018 Russia akan menjadi sangat sangat menarik.
ada masa lagi empat tahun… ada suara-suara nakal di kepala…”bah, mari kita pergi Russia nanti!”
Baiklah… Coretan aku di hari Isnin ntuk ulasan piala dunia..tamat…
Lepas ni tidur… hahaha