Nama Saya Qul

3 lelaki mahu masuk meminang anak Pak Imam.
Pak Imam – ” Kau nama siapa?”
Lelaki 1 – ” Nama saya Yusuf..”
Pak Imam – ” Haa.. Kau baca surah Yusuf.. Aku nak dengar..”
Lelaki 1 membaca surah Yusuf dengan lancar..

Pak Imam – ” Apa nama kau?”
Lelaki 2 – ” Nama saya Ibrahim, Pak Imam..”
Pak Imam – ” Kau baca surah Ibrahim.. Baca dengan betul..”
Lelaki 2 membaca surah Ibrahim dengan baik dan lancar..

Lelaki 3 mulai menggigil.

Pak Imam – “Kau.. Nama kau apa..?”
Lelaki 3 – ” Err.. Err.. Nama saya Yasin.. Err.. Tapi kat rumah, Mak dan ayah saya panggil saya Qulhuwallahuahad..”

Nota hujung:

Nampak tak pengajaran dia kat sana? hehehe… Dalam lawak itu terselit pesanan yang agak mendalam…

Biar kreatif dalam memberi alasan!

hahaha… bukanlah…
Kukuhkan pengetahuan kita mengenai agama dengan lebih mendalam. Tidak kiralah agama apa pun yang dianuti, sekiranya diamalkan dan dihayati, pastinya membawa kebaikan dan kebahagiaan. Takkan ada agama yang menyuruh pengikutnya membuat kejahatan dan kemungkaran….

Lawak Islamik ni nampak kosong dan humor… tapi cuba ambil iktibar dan jadikan pengajaran.

Baiklah… Salam Ramadhan dan selamat berhujung minggu bersama keluarga.

2 Responses to Nama Saya Qul

  1. MissDila says:

    akan smpi satu masa kita akan dibhgikan kpd dua..mukmin dan kafir..rsa2nya kita tergolong d golongan yg mna ya??
    Islam itu mudah tetapi bukan utk dipermudahkan..

    • budakhutaN says:

      Setuju dengan Dila ~_^
      dan yang menentukan ‘Islam’ nya kita adalah Yang Maha Esa. Menentukan baik buruk serta penerimaan amalan kita juga penentunya adalah Yang Maha Pengasih Dan Penyayang. Menetapkan kita di golongan yang mana bukanlah terletak di tangan sesiapa, bukan dari mereka yang bersongkok, berkopiah atau berpurdah.

      Islam bukan untuk diperkotak-katikkan. Bukan juga jadi batu loncatan untuk mencipta nama, mendapat untung dan laba.

      Islam juga tidak susah sekiranya dipermudahkan penyampaian dan pendekatannya.

      ~_^

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!