Zakat | Cukup Haul

sABAH- Zakat 2014 1435H

Zakat Fitrah merupakan kewajipan Fardhu Ain bagi orang Islam. Kadar Zakat Fitrah ini diselaraskan dengan harga 2.7 kg beras (Satu Gantang Baghdad).

Mungkin ada yang baru pertama kali akan membayar Zakat Fitrah untuk diri sendiri dan keluarga. Masih kekok dan kurang arif mengenai Zakat Fitrah ini. Seperti aku masa mula-mula hendak membayar zakat setelah mula bekerja sendiri dan cukup haul… malu dan segan pun ada. Kena-kena lagi dengan amil Tok Imam yang nampak garang… tapi bila dah dekat dan beranikan diri untuk bertanya, Insya Allah… selepas menunaikan zakat.. hati tenang. Tok Imam pun senyum… terdengar beliau berkata separuh berbisik  “boleh buat menantu budak ni…” eh!

Bagi negeri Sabah, kadar Zakat Fitrah bagi tahun 1435 H atau 2014 ini ialah RM 7.00.

Berikut merupakan kadar bayaran Zakat Fitrah bagi tempoh 5 tahun (2010-2014)

TAHUN KADAR ZAKAT FITRAH
2010 RM 6.80
2011 RM 7.70
2012 RM 7.00
2013 RM 7.00
2014 RM 7.00
2015 RM 7.00

* info kadar Zakat Fitrah tahunan ini akan sentiasa dikemaskini

CARA MEMBAYAR ZAKAT FITRAH

Cara pembayaran Zakat Fitrah boleh dilakukan dengan bertemu dengan Amil yang telah dilantik. Amil ditempatkan di tempat-tempat strategik termasuk kompleks membeli belah… atau boleh sahaja membayar Zakat Fitrah ini melalui dalam talian.

PENGAGIHAN ZAKAT

pengagihan zakat-budakhutan

Selama ini kita membayar Zakat dan ada di antara kita yang kurang arif mengenai pengagihan zakat atau mereka yang layak menerima zakat ini.

Golongan penerima zakat atau Asnaf itu terdiri daripada golongan

Fakir Miskin

Golongan ini memperoleh pendapatan kurang daripada 50% daripada keperluan harian. Sebagai contoh, Hassan mempunyai tanggungan, tetapi dia hanya mendapat RM10 setiap bulan. Berdasarkan situasi ini, Hassan boleh dikategorikan sebagai fakir dan boleh memohon sebahagian daripada zakat untuk meringankan beban kewangannya dan keluarga.

Miskin

Golongan miskin mempunyai pendapatan yang hanya cukup-cukup untuk menampung perbelanjaan asas yang sangat terhad.

Amil

Amil merupakan pihak yang bertanggungjawab memungut zakat yang dibayar oleh masyarakat.

Muallaf

Sahabat-sahabat yang baru memeluk Islam atau dikenali sebagai muallaf layak menerima zakat jika perlu.

Fisabilillah

Zakat boleh diberikan kepada mereka yang berjuang menegakkan dan melindungi pembangunan Islam (penambahbaikan masjid, kelas-kelas agama, dll)

Al-Gharimin

Gharimin merupakan mereka yang dibebani hutang yang banyak tetapi tidak mampu untuk melangsaikan hutang-hutang tersebut.

Al-Riqab

Riqab adalah golongan hamba yang baru dibebaskan. Namun, bilangan riqab kini amat kurang atau sudah tiada.

Ibnu Sabil

Musafir yang terkandas dan mahu balik ke tempat asalnya / bertujuan kebajikan dan ketaatan

 

SUDAHKAH ANDA MENUNAIKAN KEWAJIPAN ANDA?

Pastikan anda mengambil maklum mengenai waktu pembayaran zakat, jangan terlewat.

–  Waktu Wajib

Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

–  Waktu Afdal

Sebelum umat islam menunaikan sembahyang Hari Raya

–  Waktu Sunat

Sepanjang bulan Ramadhan

–  Waktu Makruh

Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal

–  Waktu Haram

Selepas terbenam matahari pada satu Syawal. (wajib melakukan walaupun berdosa tetapi dikira qada)

 

Nota :

Ada yang berpendapat, lebih elok membayar ZAKAT daripada membayar CUKAI ? Pendapat anda?

Dapatkan TShirt – MUSLIM hari ini ! 

Mizuridesign.com - Reka-Cetak-Baju-Mug

 

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!