Gempar ! beberapa keping gambar yang viral di media sosial kononnya ada duyung yang terdampar di Kudat.
Mulalah Cik WhatsApp berbunyi, dari satu ‘group’ ke satu ‘group’ gambar yang sama dikongsi. Ayat-ayat keramat berubah-ubah, “inilah tandanya kiamat dah dekat….“
Alamak… kena ada ikan duyung baru nak kiamat? errr….
Baiklah, sebelum aku pula yang dikutuk sebab dilabel menjaja berita palsu, cuba lihat gambar di bawah.
Nah ! nyanyi ramai-ramai… “Oh oh… kamu ketahuan….” ini BOHONG ! BULAK kata orang Sarawak
Sebenarnya duyung yang tersadai itu merupakan prop dalam produksi Pirates Of TheCarribean : On Stranger Tides, tahun 2011. Punyalah lama… Siapalah yang guna teknik SEO tahap gaban ni.
Kalau masih tak percaya, anda boleh sahaja tanya pakcik Google atau makcik Yahoo.
DUYUNG | REALITI DAN MITOS
Menurut lagenda zaman dahulukala, saat bintang dan bulan menjadi teman setia manusia, ketika lautan, tasik dan sungai menjadi dunia yang asing dan misteri, duyung dikatakan makhluk cantik lagi menawan yang menghuni alam air. Memikat para pedagang yang belayar di samudera dengan nyanyian alunan merdu, berupa paras gadis cantik yang melambai-lambai dengan senyuman manis dan susuk tubuh yang bikin jiwa serta hati bergelora. Mereka yang lemah tanpa nekad, pasti ternoda dan akhirnya ditimpa bencana…
Itu antara mitosnya..hmmm.. boleh buat modal untuk letak dalam manuskrip novel tak?
Anda pernah dengar atau baca tentang kisah duyung?
Duyung ni baik atau jahat? tanya si kecil yang comel… Apa jawapan anda?