Siapa lagi yang masih ada stok bekalan bunga api dan mercun? Ada tak penjual-penjual yang ‘berani’ jual secara dalam talian? Seperti iklan-iklan yang berlambak di Facebook dan Instagram tu? Hehehe… Jual mercun dan bunga api di facebook… memang berani!
Tapi ada soalan… Meriah tak musim-musim perayaan ni tanpa bunga api dan mercun?
Kalau tak ada bunga api yang berwarna warni, siri ‘perang’ dan ‘lawan’ letupan mercun dan meriam buluh di kampung… Meriah tak?
Cuba bayangkan…… macam mana?
BUDAK LELAKI TAK PERNAH MAIN MERIAM BULUH?
Siapa yang tak pernah main meriam buluh waktu kecil-kecil dahulu? itu kira pelengkap dalam kandungan ‘pelajaran’ menjadi seorang budak lelaki tulen. Masuk hutan, cari buluh, kalau di Sabah ni, kita selalu cakap cari bambu… Bulan puasa cari bambu. Bunga api pun banyak, mercun-mercun masih lagi masih yang biasa-biasa. Harga? jangan cakaplah.. memang murah.
Sekarang? jarang sikit nampak budak-budaknya main meriam buluh. Kalau tak main game letup letup di gajet masing-masing, mesti tengah layan Astro, tengok TV ! Ada pun yang main bunga api ni segelintir, bukannya apa, diharamkan, susah nak dapat… kalau dapat pun, ada juga rasa takut-takut menjadi ‘suspek’ siasatan. Lagi pun, harganya sekarang ni MAHAL !
KENAPA DIHARAMKAN?
Sepatutnya pengharaman ni diperjelaskan… untuk semua jenis atau ada jenis yang boleh dijual. Barulah budak-budak tu tak ada yang cuba-cuba menjadi ‘saintis’ mencuba formula untuk buat bahan letupan ! Bereksperimen dan menyerlahkan bakat MacGyver dalam diri masing-masing… eh, perumpamaan ini tak boleh pakai zaman sekarang. Budak-budak tak faham… hmmm.
Dan dapat membendung kenaikan harga dan keMAHALan sesetengah produk bunga api dan mercun ni.
Dan kadang-kadang tu budak-budak ni juga yang jadi mangsa bila beli mercun dan bunga api yang seludup ni, tak tahu bila dikilangkan, dalam proses ‘seludup’ tu , sudah berapa kali keluar masuk kotak, terdedah pada udara dan mungkin sudah tidak selamat.
Berikan sahaja kebenaran menjual bunga api dan mercun yang ‘selamat’.
JANGAN MARAH
Sekadar tulis menulis dan bagi pendapat… Mungkin betul dan mungkin salah. Kala utak setuju, cuba bagi komen dan kita bincangkan…hehehe
Adalah juga koleksi gambar main bunga ap idan mercun, yang selamat dimainkan. Aku pun tak tahu apa nama jenis mercun atau bunga api ni. Boleh dikira sebagai mini bunga api, selepas dibakar adalah 12 dan ke atas das tembakannya, yang kita boleh main pegang di tangan. Pernah main tak? Kalau mahu lebih nakal, main di kawasan yang luas dan jauh dari rumah orang, main ‘tembak-tembak’ aka ‘perang-perang’… pergh! sedap!
Baiklah, tahun depan nak main meriam buluh ! Perlu tak tutorial cara buat meriam buluh? hahaha… Ok..cukup