Masih ingat waktu sekolah rendah dahulu, ada satu buku rekod tidak silap aku warna coklat. Di dalamnya tertulis, apakah cita-cita anda ? Aku tulis, Ahli Astronomi.
Ya. Hidup dalam serba serbi yang sederhana, pernah bertahun tanpa bekalan elektrik ketika kecil dahulu, aku banyak menghabiskan masa melihat langit malam. Mengintai bulan dan bintang. Mengagumi meteor dan galaksi. Memetakan buruj-buruj bintang di angkasa. Mendamaikan. Suatu hari nanti, pasti rutin sebegini aku realisasikan kembali. Insya Allah.
Kita berpeluang menyaksikan pancuran Meteor Perseid dan Fenomena ‘Supermoon’ pada11 hingga 13 Ogos 2014 ini, Isnin hingga Rabu depan,
Peristiwa unik ini digelar ‘Perigee’ dalam istilah saintifik astronomi.. Bulan akan berada pada jarak 356,896 kilometer jam 1.46 pagi manakala fasa bulan purnama berlaku jam 2.09 pagi Isnin depan.

Panduan untuk melihat hujan meteor berpandukan kedudukan buruj-buruj bintang di langit malam (rujuk gambar-klik untuk besarkan)
Manakala, pancuran Meteor Perseid akan dapat dilihat selepas tengah malam hingga Subuh dan menghadap ke arah timur laut.
Pancuran Meteor Perseid terjadi apabila komet Swift Tuttle mengunjungi sistem suria setiap 133 tahun dan meninggalkan debu di sepanjang laluannya.
Komet Swift Tuttle akan menerjah atmosfera bumi pada kelajuan 225,300 kilometer sejam dan menghasilkan percikan cahaya di langit.
Pancuran Meteor Perseid mampu menghasilkan banyak bebola api yang memiliki kecerahan seperti Planet Musytari atau Zuhrah
Itu antara beberapa fakta tentang kejadian yang bakal berlaku.
PUSINGAN ‘BUMI’
Ini hanya sekadar rasa, bukan firasat. Bukan juga taksub atau khurafat.
Putaran ‘kejadian’ akan berlaku di fasa suku terakhir 2014 mengunjur ke 2015.
Abaikan.
Nikmati hidup, masa dan ruang.