Aurora Di Hemisfera

aurora-minimalis

Aurora di hemisfera.

Celaru borealis fenomena bukan minimalis.
Jatuh sepertiga bintang kembar tiga si pemburu, tenggelam di utara…
Gunung ku daki mencari australis, jalur berjalur di celah awan nipis.
Tujuh malam, sebelas sungai ku redah membawa Lara…

Kerat demi kerat, kudrat dan firasat sarat berselirat harap tidak membawa mudarat…
hasrat tetap ku pikul hingga akhir hayat..
Lajur ke jalur ku susur, kalau baca kitab jangan sampai kabur membawa takbur..
hujah ditabur menjaja laba yang subur itu niat yang luhur ? Sekujur tubuh tetap kita penghuni kubur…

Aurora…
Baki lima, bidak ku orak biar sampai… tir punya ruang, kelak ku majukan
Gajah di depan sedia melanyak… Kuda masih dua akan ku pacu biar selerak…
Gerak demi gerak… hilang bidak itu corak.
Sinis gelak tepuk tangan bersorak… sudah menang ? macam menang? senang?
tenang… kurang lima… kurang tiga… langkah ku songsang?
tunduk ku diam… tunggu ku bagi salam…

Aurora…
Baring… di bawah hamparan bintang-bintang ku lukiskan Centauri di langit selatan. Indah…
Mata ku pejam… hembus nafas perlahan. Rasa segar angin malam.

Subuh kan tiba tak lama lagi. Akan ku mula melangkah sekali lagi..

mengejar klimaks mencari konklusi…

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!