Perjalanan Ini

perjalanan-ini

 

Hujan…
Awal lagi sudah hujan. Mata tidak mahu lelap. Jari jemari ligat meramas dan merogol papan kekunci. Ketukan demi ketukan.

Otak ligat. Serebrum. serebelum dan medula oblongata, ku seimbangkan selirat kosa kata yang terlindung dalam korteks. Mengindeks.

Perjalanan ini masih panjang.

Banyak lagu tarian ikut dendang. Bukan sembarang, goyang pinggul tayang pinggang. Semua ada bayang-bayang.

Hilang. Tak ku canggung.

Cuba kau tikam guna mantera, sujudku tetap hanya pada yang Satu. Dengan izin, manteramu ku selingkuhkan.

Usai ku tapa, semua ku sapa.

Walau mereka lenggok tutur berkuah nista, lebih banyak muka-muka… di balik hadir cela mencerca… tetap ku sapa.

Kayuh. Biar merembes recik keringat.
Lambat atau penat, ingat perinya kelat. Penghujungnya ada nikmat.

2 Responses to Perjalanan Ini

  1. Cik Itah says:

    salam. too deep..susah sy pahamkan setiap baris kata. sy suka penulisan tuan punya blog :))

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!