Pijak Tanah| Hijrah

1436-Hijrah

Pijak tanah…
Berapa kali pijak tanah?
Tinggal rumah kayu konkrit , pakai selipar, stokin dan kasut keluar rumah
Untung lebih pijak pedal minyak, kereta memacu di jalan raya
Untung sedikit tunggang motor atas jalan raya
bila masa ‘bersetubuh’ dengan tanah?

Tinggal besar tinggi-tinggi
lagak mereka berkasta-kasta
kata mereka laba melata-lata
Kawan ada tikam belakang ketawa
Sahabat biar sikit itu penawar dan ubat

Pijak tanah…
Dekatkan diri dengan Yang Maha Esa
Nikmati indahnya alam siang dan malam

Pijak tanah…
Mohon makbul azam hijrah…

~remie25102014

One Response to Pijak Tanah| Hijrah

  1. pijak tanah dgn berkasut je skrg ni 🙂

Tinggalkan Komen Kepada Hanis Amanina Batalkan

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!