Hibernasi | Aku Diam

budakhutan-hibernasi

Salam hujung Januari 2015. Apa sudah jadi?
Fuh… lama juga aku ‘hilang’ dan perlahan-lahan aku kembali. Entah kenapa segan itu muncul. Hadir tapi tidak muncul. Tidak mengapa, tekad aku bulatkan… Insya Allah, kembali aku pasti. Rindu rasanya untuk beraksi dan berbakti. Semoga dipermudahkan dan berharap giliran akan sampai… waktu akan tiba.

Baiklah, berbalik kepada foto di atas.

Pondok itulah yang menjadi tempat aku lepak dan menyantaikan diri suatu ketika dulu. Awal pagi… Kadangkala sampai lewat malam. Pernah juga ‘berkawal’ sampai keesokan pagi. Kalau bukan duduk diam seorang diri, pasti ada kawan-kawan yang sama lepak. Main gitar, main chess, main dam, main karom , barbeku, makan-makan, sarapan, minum petang dan banyak lagi aktiviti santai. Bertukar-tukar cerita , pendapat dan bergurau meredakan otak dan diri dari kerja. Cukup rindu waktu itu.

Ok… aku mengaku. Sebenarnya rindu juga dengan kawan sepejabat dulu. Aku juga rindu dengan tugasan kerja dulu-dulu. Banyak program aku terlibat. Tahap paling super rasanya bila berpeluang menaiki jet peribadi bersama Menteri dan keluarganya. Comel eh anaknya… Aku tahu dia terpikat juga dengan aku waktu tu, tapiii…. (hehehe…ok…#perasan).

Itu dulu-dulu. Kini ? Masa hadapan?  Masih kabur-kabur…hahaha.

Ini jalan yang aku pilih… ini jalan yang harus aku tempuh…

nota :

Siap siaga !

kodeksku-yang-kompleks

 

 

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!