Hari ini genap 8 tahun aku bergelumang dengan adsense. Susah senang bersama iklan dari Google di blog dan website yang diternak.
Selalu juga orang tanya. Betulkah boleh buat duit dengan adsense? Jawapan aku YA.
Berdasarkan pengalaman dan jumlah bayaran yang telah diterima, aku boleh katakan setakat ini untuk aku, ianya adalah penjana wang online terbaik untuk mereka yang minat berblog atau mempunyai website.
Pendapatan? Syukur ianya boleh membantu serba sedikit perbelanjaan bulanan. Bayaran yang diperolehi dalam nilai USD, bila ditukar ke nilai Ringgit Malaysia…agak lumayan, lebih-lebih lagi apabila nilai ringgit jatuh berbanding USD. Alhamdulillah atas kurniaan rezeki.
Ramai lagi blogger tegar dan sepenuh masa di luar sana yang dapat duit online dari adsense dalam jumlah yang besar.
SUSAH ATAU SENANG ADSENSE NI ?
Sekiranya blog / website anda dalam Bahasa Melayu, pada era awal dahulu memang agak sedikit sukar untuk tembus dan berjaya. Jumlah iklan dan kadarnya pun amatlah sedikit. Berbanding dengan pengisian di dalam bahasa inggeris, jumlah capaiannya ke seluruh dunia.
Tetapi kini, google sudah mula menerima dan mengiktiraf adsense untuk pengguna bahasa Melayu bermula 2 April lalu. Terpulang kepada blogger untuk mengambil peluang ini.
Susah juga. Ianya bukan sekadar salin dan tampal. Peraturannya agak ketat dan silap percaturan, akaun boleh disenarai hitam. Terutamanya untuk isi kandungan yang ciplak / curi.
Senang sekiranya anda mengikuti syarat dan teknik yang betul untuk buat duit dengan adsense di blog / website.
Untuk bercerita lebih tentang adsense aku akan tumpukan di akuorang.com. Kalau mahu ikuti tips dan panduan. Bolehlah ke blog aku yang lain macam punya blog tu. Bermula April ini, aku akan buat artikel berkaitan untuk rujukan aku dan sesiapa yang berminat. ^_^
Kalau mahu rujukan dalam bentuk ebook, anda boleh mendapatkan ebook JANA WANG ADSENSE
Nota:
Selamat ulangtahun ke-8 untuk aku dan adsense.