Kes Culik Di Sabah | Khianat, Konflik, Konspirasi
Tahap keselamatan di Sabah mula dipertikaikan. Jaminan dan ayat klise seperti Sabah masih selamat dan aman sudah kedengaran seperti lagu dodoian untuk anak-anak kecil. Kejadian culik, rompak dan bunuh kini tidak ubah seperti acara tahunan yang diraikan. Mendapat liputan meluas dan tangkas di media cetak, televisyen mahu pun menjadi viral di kalangan netizen.
Malangnya, kejadian sama berulang dan terus berulang. Pelik tapi hakikat.
Soalan utama yang perlu kita tanya: KENAPA SABAH ? ADA APA DENGAN SABAH?
Sebelum Sabah bersama Sarawak dan Tanah Melayu bersama membentuk Malaysia juga telah berlaku kes serangan membabitkan Penyerang Bersenjata. Ini tidak termasuk kes-kes atau kisah serangan yang lebih terdahulu.
MAC 1954 – SEMPORNA
Serangan dan rompakan 30 Penyerang Bersenjata Filipina yang digelar mundu di Semporna. Balai Polis Semporna menjadi medan tempur. Dua pegawai polis dan empat lagi terbunuh.
20 JULAI 1962 – KUNAK
7 Penyerang Bersenjatakan parang dan senjata api menyerang pekan Kunak dan melakukan rompakan.
1963 – SEMPORNA
7 Penyerang Bersenjata melakukan serangan di Semporna dalam cubaan merompak.
1979, 1980 , 1982, 1985, 1987, 1988 , 1992, 1993, 1996 (Feb, Mac, Julai) 1998, 2000 (April,September) 2003, 2004,2005,2010,2011,2013,2014,2015
– insiden-insiden ini akan aku kupas dan bincangkan dalam entri akan datang
dan adakah semua itu KES TERPENCIL dan JARANG-JARANG BERLAKU ?
TRAGEDI TANDUO – 2013 | Ragut 10 Nyawa
Satu tragedi yang akan menjadi antara noktah hitam dalam rentetan sejarah Sabah.
8 Pegawai Polis, 2 Anggota Tentera dan 68 Pengganas… MATI
Selepas itu ESSCOM diwujudkan bertujuan untuk menangani dan mencegah ‘festival culik’.
Malangnya, keberkesanan dan maruah pasukan keselamatan negara dirogol.
Satu demi satu kejadian culik, rompak dan bunuh berlaku di ‘depan mata dan hidung’.
Kenyataan seperti pihak ESSCOM telah menerima input awal berhubung bakal berlaku kejadian seumpamanya hanya mencerminkan ketidakcekapan pihak berkuasa apabila ianya tidak dapat dicegah atau dihalang.
KHIANAT | TALI BARUT | MUSUH DALAM SELIMUT
Penganalisis jenayah Kamal Affendi Hashim dalam satu temubual telah menyatakan wujudnya elemen khianat apabila maklumat-maklumat penting berkaitan sasaran dan keselamatan negara di’bocor’kan oleh tali barut yang telah berasimilasi dengan penduduk tempatan sekian lama.
Tidak dinafikan kewujudan lebih kurang hampir sejuta Pendatang Asing Tanpa izin di Sabah menyebabkan ramai warga Sabah tidak boleh duduk senang dan tenang.
Terdapat juga dikalangan PATI ini yang telah lama menetap di sini serta mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah sebagai rakyat Malaysia.Mereka telah hidup dari satu generasi ke satu generasi, dikatakan juga ramai di antara mereka yang sudah berada dalam perkhidmatan awam.
Adakah dikalangan mereka ini wujud tali barut yang menunggu masa untuk khianat dan espionaj?
KONFLIK | DESAKAN HIDUP
Culik dan buat tuntutan tebusan. Kedengaran agak mudah dan lumayan.
Dikatakan tuntutan tebusan untuk kes culik Goa Hua Yuan, 29 tahun dari China yang berlaku pada April 2014 di sebuah pusat peranginan di Semporna bernilai RM 36.4 juta.
Menurut rekod kes culik, hampir semuanya melibatkan mangsa yang mempunyai keupayaan untuk melangsaikan tuntutan tebusan.
Desakan hidup akhirnya telah menjadi satu ketagihan mengasyikkan untuk mendapat habuan besar dengan mudah.
KONSPIRASI | RANCANGAN, KOMPLOT, CATUR
Aku masih belum mahu ulas tentang ini.
Aku bagi peluang pembaca untuk bagi teori dan ulasan masing-masing.
Nah, kalau berani tinggalkan komen dan bentang hujah anda !