Panduan | Makan Ikan Jangan Lupa Cecah Sambal

MAKAN-IKAN-JANGAN-LUPA-CECAH-SAMBALPanduan… Makan Ikan Jangan Lupa Cecah Sambal. Baiklah… perlu atau tidak sebenarnya panduan macam ni?
Pilih sahaja cara anda menghadamnya, sama ada entri ini berbentuk panduan sebenar atau metafora
3 sebab kenapa makan ikan kena cecah sambal !

#1 TIDAK BOLEH MAKAN MENTAH ? KAU GILA!
Kalau kau peminat sushi sekali pun, isi ikan yang dimakan tu tidaklah 100% nya kosong. Ada juga campuran dan cecahannya. Kau gila mahu makan mentah-mentah!
Hinava , Noonsom Sada, Pinaasakan atau pun Bosou… ada juga campurannya bah.

#2 MAKAN IKAN YANG DIMASAK SAHAJA ? KURANG NIKMAT!
Ada rasa nikmat tak bila hanya makan ikan sahaja tanpa cecah apa-apa?
Bayangkan ikan segar yang dimasak, dibakar atau direbus… dan makan begitu sahaja… tanpa cecah apa-apa. Apa kau rasa?
Masih ada rasa sedap… tapi macam ada kurangkan.
Cuba cecah dengan sambal.

#3 CECAH SOS ? PERASA TIRUAN !
Mungkin ada juga yang lebih suka makan ikan dan cecah dengan sos biasa. Biar betul…
Perasa tiruan tu… hehehe

Mesti ada yang cakap;
Kalau ikan tu masak gulai, Ikan Masak Kicap , Ikan Masak Kurma, Ikan Masak Sos, Ikan Masak Kola, Ikan Masak Cili, Ikan Masak Taucu, Ikan Rebus Kuning dan macam-macam lagi jenis masakan… nah, mesti kah juga dicecah sambal?

Jawapannya ada dilidah masing-masing… rasa dan hadam.

Lidah kau lidah kau..lidah aku…lidah aku… tak sama

Nota:

Ikan paling sedap di dunia ialah ikan………… ?

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!