Pikul | Beratnya Ditanggung Walau Canggung

hidup-kehidupan
Pikul | Beratnya Ditanggung Walau Canggung

Benar. Tidak mudah. Tidak semudah melafazkan kata-kata celaan dan prasangka negatif, tanpa kau merasa dahulu beban yang dipikul si pemunya masalah.
Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya, pantas atau lewat. Yang menanggung hanya perlu sabar, meniti hari dengan tabah dan kekal berusaha dan tawakal.

Canggung. Luar dari kebiasaan lingkaran keselesaan. Jerih perih umpama tertusuk duri. Sakitnya mengajar diri.

Senyap ku tidak diam. Kerah kudrat siang malam. Kurang jam jumpa tilam, rasa tenang dari jumpa talam-talam.

Sampai waktu aku tunggu.

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!