Assalamualaikum dan salam tahun lompat.
Kali terakhir kemaskini blog ni pada bulan November tahun lepas. Wow!… bukan main ‘sibuk’ sampai blog-blog dah turun blok.
Jawapan klise, tak ada masa untuk mengeblog… ehem… Hakikatnya, tenggelam dalam pelbagai urusan dan pelbagai permasalahan yang berantai-rantai dan boleh dikategorikan antara yang kronik sepanjang tempoh bernafas di muka bumi ini. Pendeknya, aku masih ada disini. Alhamdulillah.
Kenapa tajuk aku ada nama Tun Mahathir, Nokia dan Oscar ? Itu mungkin kerana aku tamak dengan SEO… atau mungkin ada mesej tersembunyi. Mungkin
Apa perancangan budakhutan untuk tahun 2016 ini ? Insya Allah mahu capai sesuatu. Sesuatu yang tertinggal lebih sedekad lalu.
Entri kali ini aku tak mahu panjangkan. Cuma sapaan dan juga pengisian di tarikh istimewa 29 Februari.
Mungkin juga sebagai sesi regangan otak dan jari jemari untuk mengisi blog dengan lebih kerap dan tuntas (perghhh…. ayat..tuntas)
Mengejar klimaks, mencari konklusi…
Nota kaki :
Rasanya dapat tak mesej yang aku cuba sampaikan ? hehehe