Mencari kau yang telah lama hilang
Entah sudah berapa lama
Aku sudah hilang hitung
Sejak kali terakhir mata kita bertemu
Aku masih ada rasa rindu pada mu
Adakah kau juga rasa begitu…
Iya… itu adalah masa lalu
Saat yang telah lama kita tinggalkan
biar saja kau tahu kau tetap juga aku tunggu
18 tahun … 18 tahun aku menunggu
Kerana aku fikir kau perlu waktu
Tapi waktu-waktu itu kini telah terlewatkan
Kau hilang… tanpa jawapan
Usaha
Aku telah berusaha
Walau kau seperti tidak memperdulikanku
Setiap panggilan dan mesej ku jarang ada balasanmu
Perhatianmu padaku sentiasa berubah-ubah…
Sehingga ke hari ini aku masih tidak tahu… apa rasamu?
Bukankah lebih mudah jika kau terus katakan dulu…
Yang kau langsung tidak ada rasa sayang padaku…
Supaya aku…boleh berhenti merindu…
Kamu..
Karya : budakhutan (Remie)
Nota:
Lama juga tanpa pengisian di blog dan channel You Tube aku… Alhamdulillah, cuba buat pengisian serentak dan lebih kerap lagi untuk kedua-duanya.
Persediaan untuk projek-projek mendatang yang telah sangat lama tertangguh…
Puisi Muzikal ? segmen yang aku sedang usahakan.
Puisinya? adalah dari koleksi bait-bait ayat yang aku catatkan di blog budakhutan.com sebelum ini…
dan juga yang akan aku karang dari masa ke semasa…
Ada beberapa catatan itu tidaklah aku niatkan sebagai puisi.. tetapi sekadar coretan…
Ada juga yang sebenarnya aku tulis dengan tujuan untuk dijadikan lagu.. lagu apa? hip hop… ya…rap
jadi jangan terkejut..kalau tiba-tiba aku ‘menge-rap’… hahaha.
Baiklah… Mataku Pejam Rapat … Berhenti Merindu