Alam Dan Manusia | Sel-Sel Otak Berhubung

Masihkah kau ingat ?
Apabila usia sudah meningkat, tidak boleh tidak, kadang-kadang nostalgia nan dahulu kala di zaman purba (eh… hahaha) akan terimbau kembali. Lebih lebih lagi bila terjumpa artifak-artifak dari lubuk arkeologi masa yang tertimbus setelah sekian lama.

Contohnya, Buku Teks waktu sekolah rendah dahulu. Teringat pula betapa comel dan kurusnya aku dulu. Kekeke…  Sekarang dah jadi bapa budak darjah 1.

Aku berkesempatan bersekolah di tiga buah sekolah rendah.  Di SK Pekan Beluran, Sabah , SK Setapak, Kuala Lumpur, dan SK Pekan Tamparuli, Sabah. Seronok juga dapat banyak sekolah ni, lain-lain suasana, kawan-kawan dan cikgu-cikgu. Pengalaman pun macam-macam.


Aku ada dalam gambar di atas. Kedua dari kanan, paling belakang.

Sekarang pula giliran Adam untuk bersekolah rendah. Nampak dia pakai seragam sekolah, boleh buat aku tersenyum. Perasaan tu bercampur baur, gembira, risau, lucu, sedih. Sebab apa? panjang untuk dihuraikan.  Mesti mak dan bapa kita pun rasa macam tu dulu waktu kita mula sekolah.

Waktu kita kecillah sel-sel otak tu mula berhubung. Mengenal dan belajar tentang banyak perkara.

Subjek dan cara belajar dulu-dulu pun berbeza dengan sekarang. Bila tengok buku teks dan buku latihan Adam, dan mengajar dia mengikut apa yang tertera di buku tu buat aku tertanya-tanya. Macam mana aku belajar dulu? Hahaha…

Bila dah besar dan membesar (tak lama lagi kecil balik… hehehe), memang kita tidak mahu anak-anak kita melakukan kesilapan dan mahu mereka mencapai kejayaan yang lebih baik dari kita. Tetapi, kenalah berikan ruang dan masa untuk dia mengenal dunia dan kehidupan. Jatuh, bangun, luka dan menangis itu juga mendidik mereka untuk menjadi manusia.

Sama seperti kita dulu, inilah waktu untuk mereka menikmati zaman kanak-kanak.
Sedangkan kita yang dah dewasa ni pun, kalau boleh pasti mahu mengulang kembali zaman-kanak yang penuh dengan kegembiraan dan kebebasan tu kan.

Seronok tanpa perlu fikirkan tentang banyak perkara. Lebih-lebih lagi tentang kos, kos dan kos. Hahaha…

Bah !  Cerita tentang sekolah rendah ni juga pernah aku buat dalam entri di blog nun tahun 2010 yang lalu dengan tajuk Kenangan Terindah.
Kalau rasa-rasa mahu baca, silalah baca di link tersebut.

Nota :
Jom ke sekolah ^_^

 

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!