Assalamualaikum dan salam blog.
Kalau bukan sekarang ? Bila lagi ? . Masa terus bergerak, saat berganti minit, minit menjadi jam, jam membawa ke hari, dan hari demi hari, akhirnya berbulan dan bertahun-tahun. Rancangan, impian dan cita-cita bakal hanya menjadi mimpi dan fantasi, jika ianya tidak dilakukan dan tidak dilaksanakan.
Ya, langkah kadangkala terhenti. Banyak dugaan dan cabaran sepanjang perjalanan.
Silap taakul, jatuh tersungkur. Silap hitung, jadi korban.
Lambat dan terlewat. Mujur dapat bangkit, mulakan langkah dari satu tapak ke satu tapak.
Kalau bukan sekarang? bila lagi? Sila bangun, dan terus berbakti… pada diri, keluarga, alam dan manusia
Aku tujukan kata-kata itu, untuk aku yang masa lalu, masa kini dan masa akan datang.
Masa semakin suntuk.
Nota kaki:
Hampir 5 bulan tanpa pengisian terbaru di blog. Fuh… ayuh Remie!