“Sakit ka kena swab cucuk hidung?”
Antara soalan yang selalu aku kena tanya selepas aku kena swab minggu lalu. “Bucur ka hidungmu?”
Ya, aku telah dikehendaki untuk melakukan swab setelah menjadi kontak rapat kepada mereka yang telah positif Covid-19.
Berbaki beberapa hari sahaja lagi tempoh kuarantin di rumah akan tamat.
Dalam tempoh ini aku mengkuarantinkan diri di dalam bilik sahaja.

APA PERASAAN ?
Memang rasa risau itu sangat tinggi. Takut jika bergejala atau menjadi pembawa dan menjangkiti keluarga di rumah.
Selama 10 hari, bilik tidur dan bilik mandi sahaja tempat yang aku pergi.
Makan? Alhamdulillah, orang rumah sediakan.
Adam? Hanya dapat lambai dan bercakap dari jarak jauh atau pun melalui panggilan video. Rasa macam tinggal di luar negara dan hanya berbual melalui telefon. Pelik.
Apa yang dibikin selama berkuarantin?
Selama berkuarantin, antaranya setakat ni aku buat susun atur fail-fail dari komputer riba, komputer meja dan storan sekunder (cakera keras). Banyak fail gambar, video dan lain-lain fail projek yang kena arkibkan. Ambil masa sebab banyak juga fail bertindih dan sama. Pada masa yang sama, adalah pula fail penting yang terpadam dan hilang. Itu aku sedar bila aku cuba cari fail tu semula untuk buat projek yang lama tertunda.
Nampaknya kena bermula semula dari awal.
Selain daripada itu, aku banyak tonton filem atau drama bersiri dalam Netflix tu. Genre pilihan aku sememangnya thriller, fiksyen dan aksi. Tapi kadang tu pandai juga melayan yang jiwang sama lucu-lucu ni… kekeke
Inilah masanya boleh menonton seberapa banyak yang boleh. Kalau waktu bekerja, memang fokus dan masa itu sangat terhad.
Eh… tetap juga bekerja bah, BDR – Bekerja Dari Rumah. Selesaikan dan buat apa yang boleh dan diarahkan dari semasa ke semasa. ehemm
Selain daripada layan filem dan drama, aku juga banyak menonton You Tube. Tonton apa? kebanyakkannya video tutorial berkaitan grafik, melukis, mewarna, video, animasi, muzik dan macam-macam lagi. Adalah juga layan video-video game, vlog orang, muzikalisasi, podcast dan lofi…
PUBG? sempatlah juga ikut pertandingan, ikut room yang kena buka, main classic, buat misi dan tembak orang… hahahah. ok. serius!

KEADAAN COVID-19 DI SABAH
Peningkatan kes Covid 19 di Sabah meningkat dengan begitu tinggi sekali.
Dalam beberapa minggu ini jumlah kes harian di Sabah sahaja tidak lari dari tiga angka. Kes kematian pun semakin meningkat. Nah, siapa yang tidak risau?
Banyak yang mahu ditulis berkaitan Covid 19 ni. Ini aku akan taip dalam coretan akan datang. Segala teori, pendapat dan hujah… pergh!
BLOG SEMAKIN SEPI
Ya, betul! aku tahu.
Semangat yang hilang itu semakin hilang. Hilang arah tuju. Hilang.
Namun, tekad tetap diteruskan.
Projek-projek dan tugasan lain aku kurangkan dan fokus kepada beberapa sahaja yang boleh aku tumpukan segalanya. Tumpahkan segalanya. Macam orang putih bilang, “it’s now or never”, kalau bukan sekarang bila lagi?
Kenapa aku cakap macam tu? nah, sama macam cerita di atas pasal covid, nanti aku cerita dalam coretan akan datang. Menunggu na kamu.
Supaya ada cerita ku nanti untuk isi blog yang lepas ni, aku kasi pendek dulu cerita kali ni. Bajumpa kita nanti gais. Babai.