HILANG | Kanan Kiri Kanan Kiri

Assalamualaikum dan salam duniaaaaaaa…

Pejam celik pejam celik… makan tidur makan tidur, kerja itu ini, buat begitu buat begini…

Akhirnya di bulan JUN 2021 barulah dikemaskini blog ini dengan penulisan terkini.

Pergh!!! Lama gilakkkk gais. HILANG !!!!!!!
Apa khabar dengan dunia? Masih lagi dalam cengkaman bencana COVID-19.
Syawal masuk hari ke 28. Aidilfitri tahun ini tidak berpeluang untuk balik kampung dan beraya bersama keluarga. TIdak dibenarkan merentas daerah. Bertabahlah wahai hati.

PKP bertukar dari PKPB ke PKPB ke PKP dan begitulah berulang-ulang…
dan setakat hari ini, Sabah PKP ‘Total Lockdown’ yang ‘hibrid’ – nda terlampau longgar, nda juga ketat berabis, masih jua kes mencanak naik di seluruh Malaysia. Sabah pula kes meningkat naik lagi balik ke angka 3 ratus.  Kes Kematian… juga meningkat.bailah, cerita pasal covid dan pendapat tentang covid ni akan aku cerita di karangan yang lain.

Karangan yang lain? Hehehe… semoga kerajinan dan peluang untuk menaip dan mengisi blog ni sentiasa di tahap ‘kasi jadi sampai jadi’.

Baiklah.
Bagaimana dengan kamurang?

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!