
Beranjak
dari yang dahulu ke yang baharu
dahulu yang sering lalai dan leka
ke baharu yang mahu bertahan
dari arus deras cuba-cuba yang menduga
dari tebal rasa-rasa yang mengenyangkan
dari tajamnya kata-kata yang melukakan
dari berat dosa-dosa selaku manusia
yang masih akur pada nikmatnya dunia
Beralih
ke laluan yang bukanlah jauh asing
cuma kadang sesat bila melangkah
ke jalan yang punya banyak simpang
ditahan masa yang seolah tidak cukup
dibendung niat yang terhimpun tak terhitung
dipasung seteru yang riang tersenyum
dipasak raga yang kebas bermusim
hilang arah dalam kelam fatamorgana
Berhijrah
menjadikan yang kurang baik ke baik-baik
mengatur pandang dan lisan yang kabur
ke mana nafas-nafas akan diatur
kepada kesayangan yang tiada galang ganti
kepada alam yang mahunya untuk dijagai
kepada diri yang ku gagahi untuk berdiri
kepada amal yang kurang untuk dibaiki
agar menjadi bekal di hari berpulangan
Tadah tangan mohon restu…
Doa untuk aku dan kamu.
Salam Maal Hijrah…
~Bangreme 9/8/2021, Kota Kinabalu
Tonton Video di YOUTUBE