Rejuvenasi


Buka mata
Hirup udara sedalamnya
Zahirkan syukur dengan sujud
Tadah tangan harap sejahtera
Untuk sekalian apa ada yang baiknya

Balik melangkah
Pelan-pelan meniti relung masa
Disentak sungga dunia tanpa belas
Dihenyak jatuh tergelupur berkali-kali
Nafas terhalang, mujur nyawa tidak melayang

Rejuvenasi
Akan ku gagahi kudrat untuk bangkit
Cuba dan terus mencuba usaha walau lelah
Kerana hidup adalah perjuangan yang sentiasa berlanjutan,
Demi apa? Untuk hidup..
Bukan sahaja untuk aku…
Tapi juga untuk mereka… Dan kamu
Bismillah… 148


Untuk kamu
Semoga apa gusarmu berganti bahagia
Ku titipkan doa… amin paling serius
agar dunia kembali hidup…
dunia aku… duniamu…
dunia manusia

\\~bangreme 6/8/2021

1/148

#musikalisasireme #musikalisasi #puisimuzikal

Tinggalkan Komen

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!