Category Archives: Sabahku

Kronik | Pencemaran Sampah Sarap Di Teluk Likas

SAMPAH-TELUK-LIKASPencemaran sampah sarap terutamanya dari bahan berunsurkan plastik berada di tahap kronik di Teluk Likas.

Taman Awam Teluk Likas, kini lebih hidup berbanding dahulu. Setelah pelbagai pembaharuan dilakukan, orang ramai terutamanya warga KK mula berpusu-pusu ke sana. Ada yang bersenam, joging dan berbasikal di sepanjang trek joging dan berbasikal dalam anggaran 4km. Ada yang membawa anak-anak untuk berekreasi di taman permainannya. Pemancing dan nelayan bandar pun semakin aktif, memukat dan merambat sudah menjadi perkara rutin yang sering dilihat.

KESEDARAN VS KESEDAPAN

Kesedapan para pelari, pembasikal,pemancing, pengguna dan pen’dating’ yang ber’huhu-haha’ di kawasan berkenaan menyumbang kepada ‘keindahan’ warna-warni plastik di kawasan tersebut. Tidak dinafikan bukan semua daripada sampah sarap yang ada di sekitar Teluk Likas itu berpunca dari para pengguna. Sampah tersebut ada yang hanyut dari perairan sekitarnya.

Malangnya dalam kesedaran sesetengah dari kita untuk mengamalkan cara hidup sihat, terlupa dan hilang kesedaran sivik mengenai kebersihan alam sekitar.
Ikut trend terkini untuk beli gajet canggih-manggih bagi mengukur segala jarak, kepantasan dan degupan jantung untuk berlari dan berbasikal, tetapi akal kurang terdidik untuk buang sampah ke tempat sepatutnya.
Buat acara ramai-ramai, untuk kesedaran itu dan ini, selepas berakhir acara… hmmm… sampah.

SUDAH KENA BARU ‘KOMPLEN’

Adakah kau tunggu kaki kau atau keluarga kau terkena kaca yang tertanam dalam pasir di Teluk Likas tu?
Rasa bersalah bila ada anak orang atau orang yang terbelit kaki dengan sampah, lalu mati lemas?
Marah-marah bila parit tersumbat, banjir naik, kau cakap ada orang nda bikin kerja. MALAS.

Bukan setakat orang kita yang pakai tu kawasan. Orang luar, pelancong pun selalu berkunjung ke sana.
Mesti kita BANGGA bila dorang pi sana kan?
Kau rasa apa ada dalam fikiran dorang bila nampak sampah dicelah-celah batu, siring pantai dan dalam parit tu?
“Punya Cantik Ni Sabah”… begitu?

BUKAN MAIN LAGI ‘PARJUANGAN’

Cerita politik dan semangat kenegerian begitu berkobar-kobar. Status kasi up di media sosial, bukan alang-alang.
Tapi… buang sampah merata-rata. Puntung rokok kasi terbang saja.
Jangan mau trip-trip PENCINTA NEGERI, mau pukul-pukul orang kalau tu disiplin asas pasal kebersihan tiada.
Tidak payahlah mau kasi tayang kasut juging baru kalau tu plastik kerupuk sama botol mineral kau buang siring pantai atau jalan.

KEBERSIHAN ADALAH KUNCI KEBENARANNN….

Sebagai penutupnya, sama-samalah kita jaga kebersihan negeri kita ni…
jagalah BUMI. sebelum BUMI nda lagi mau jaga kau… boleh?

Maka itulah tadi mesej yang disampaikan oleh Papazola melalui transaksi jam digitalnya.
Maaf kalau ada bait-bait ayat yang kurang baik. Abaikan kesalahan tatabahasa.

Mati Mencuba Atau Mati Kesejukan Dan Kelaparan | Hero

PRAY FOR SABAH
“Mati mencuba atau mati kesejukan dan kelaparan?” – ungkapan yang berulang kali dinyatakan oleh mereka yang terselamat dari insiden gempa di Gunung Kinabalu.

Lebih kurang 7 pagi, 5 Jun 2015 –
Aku sudah bangun, duduk di sebelah Adam yang masih lena tidur, mengiring menyembunyikan wajah di tepi pahaku sambil memeluk erat patung beruangnya.

Sambil fikiran menerawang, mencatat dan melukis – untuk mengolah dan menyudahkan manuskrip.

Tiba-tiba gegaran kecil mula dirasai. Pada mulanya aku hanya beranggapan ada lori besar yang lalu berhampiran.

Gegaran itu berubah dari perlahan kepada gegaran yang lebih kuat daripada biasa. Aku tidak pernah ada pengalaman berkaitan gempa bumi, sekadar melalui tontonan dan pembacaan.

Adam aku peluk erat. Terdengar rengekan manjanya disusuli ketawa perlahan. (bukan ketawa panjang, ketawa sekali)

Gegaran makin kuat terasa, di luar kedengaran bunyi penggera kenderaan berbunyi kesan dari gegaran, anjing menyalak dan jeritan orang ramai kedengaran.

Kebetulan, beberapa hari sebelum itu menonton ‘San Andreas’ bersama adik dan saudaraku. Ianya filem berkisarkan pada kejadian gempa bumi!
Pelbagai perkara buruk mula dibayangkan oleh fikiran. Segala kemungkinan. Termasuk mimpi-mimpi yang pernah menerjah berulang kali.

Mujur, gegaran tidak lama. Sebaik sahaja gegaran berhenti aku bergegas ke tingkap hadapan dan melihat persekitaran sekiranya berlaku tanda rekahan atau sebarang impak darinya.

Kelihatan kucing dan anjing menghidu tanah. Aku capai telefon untuk melihat info berkaitan. Tak ada . tetapi ramai yang mengemaskini status di media sosial mengenai kejadian itu.

Hebat. Pengalaman yang mendebarkan.

gempa-bumi-sabah-5jun2015

GUNUNG KINABALU MELETUS?

Beberapa minit selepas kejadian itu, aku membuka TV dengan harapan ada sebarang maklumat mengenainya.

Jangkaan awal aku
1. Gunung Kinabalu menjadi aktif
2. Letupan Gunung Berapi di Indonesia / Filipina

Info awal akhirnya diperolehi daripada laman web. Lokasi? RANAU ! mengejutkan.

Info Awal- Gemap Bumi Sabah
BERITA PENDAKI GUNUNG KINABALU YANG TERKANDAS VS ULTRAMAN LAWAN RAKSASA

Tidak lama kemudian berita, cerita dan gambar rekahan serta impak dari gempa mula membanjiri media sosial sebelum berita mengenai pendaki Gunung Kinabalu yang terkandas menjadi viral.
Termasuk juga gambar dan info palsu dan lawak yang keterlaluan dikaitkan dengan gempa…

Rangkaian TV aku tukar dari TV1, TV2, TV3, NTV7 , AWANI, BERNAMA… menunggu laporan / liputan rasmi.

Kemudian giliran gambar dan video runtuhan di gunung Kinabalu pula menjadi viral.

Gambar dan video pendaki terkandas, kesejukan di puncak, runtuhan di gunung Kinabalu, Donkey Ears patah mula tersebar.
Tidak ketinggalan ada yang mengeluarkan gambar-gambar tragedi yang pernah berlaku dan dikaitkan dengan gegaran di puncak gunung.

GUNUNG KINABALU | DULU LAIN SEKARANG LAIN

Berita bantuan yang tidak sampai, pendaki dan malim gunung yang terkorban membuatkan netizen terutamanya warga Sabah ‘aktif’ di laman sosial.

Memberi komen, pendapat, memberi penghargaan … pelbagai reaksi dan ada pula yang memberi kenyataan yang agak ‘pandai’ dan memperlekehkan / merendah-rendahkan Sabahan secara umumnya dan juga pihak-pihak tertentu. Kurang adab atau kurang sensitif. Mungkin juga si peraih populariti.

Video bantuan yang tidak sampai ini menjadi topik hangat.

MALIM GUNUNG | HERO DISANJUNG 

Menurut kenyataan ‘survivor’ – mereka yang terselamat dari kejadian gegaran di puncak Kinabalu , malim gunung telah menjadi hero mereka.
Membantu dan membawa mereka turun dari puncak ke kaki gunung setelah menunggu bantuan melalui helikopter yang tak kunjung tiba.
Pengorbanan serta kerpihatinan dan usaha mereka mendapat penghargaan dan sanjungan daripada pendaki dan juga netizen.
Aku terbayang-bayang pengalaman mendaki gunung Kinabalu. 3 kali? masih belum cukup.

Diberi kesempatan dan ruang aku akan mendaki lagi. Pastinya laluan dan suasananya tidak seperti dahulu.

Pilihan antara hidup dan mati. Pengalaman yang mendebarkan.
Batuan runtuh bergolek dan gempita kesannya mencemaskan pendaki yang berada di puncak ketika itu.
Perasaan ketika itu pastinya sesuatu yang berharga, untuk memberi kesan pada hidup yang mendatang.

Semoga semua mangsa dan keluarga mangsa yang terlibat cekal dan bersabar.

Berada bersama Orang Tersayang ketika kejadian sebegini berlaku amat penting….
Hargai dan sayangi. Hormat.

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!