Tag Archives: Adam

1 Tahun 9 Bulan | Aku Darah Anak Malaysia

Awak… awak tahu tak hari ini hari apa? err… hari ini genap seminggu kita ‘couple’…yeahhh… Saya janji…

oh tidak! ini bukan lafaz ikrar janji setia couple yang baru seminggu. Ok, sudah terlajak bercerita tentang video hangat si gadis manis itu, aku ingin berikan komen.

“Itukan ruang privasi mereka” … tidakkah anda semua pernah begitu, menjadi remaja dan dibelenggu hangatnya rasa cinta kali pertama? hehehe… Silapnya mungkin video itu terkeluar / dikeluarkan di You Tube…

Ok Cukup!

Dunia ini terasa amat besar dan luas sewaktu kita masih kecil dahulu… Bermula dengan rengekan manja, berguling, merangkak dan berjalan serta kini mampu berlari… Dunia seolah semakin mengecil dan kita semakin membesar. Masa yang berlalu di rasakan begitu pantas.

Alangkah indahnya dunia seorang bayi dan anak kecil dengan persekitaran mereka yang seolah dipenuhi fantasi dan benda baharu yang amat seronok untuk diterokai. Ada sahaja perkara yang mereka tuturkan dalam bahasa mereka sendiri…  “mama…mammmma… maaa..” . Memanjat, melompat, jatuh dan berlari menjadi perkara yang mengujakan.

Sifat ingin tahu membuatkan mereka mencuba dan melakukan pelbagai perkara… Bermain , minum, makan dan tidur… dunia yang lengkap bagi mereka…

Sebagai ayah dan ibu… gelagat dan tingkah si kecil inilah yang menjadi penghibur hati. Pelengkap kasih sayang yang membuatkan kehidupan berseri-seri… indah… Tanpa mengira lelah dan rasa… kerenah si kecil sentiasa menjadi perhatian dan kerinduan…

dakapan erat serta ciuman ke pipi… membahagiakan…

kerana mereka kita harus terus ‘hidup’… berusaha untuk ‘kehidupan’…

Adam… papa sayang Adam.

Selamat 1 tahun 9 bulan…

abah janji… (hehehe)…

nota hujung :

buat parodi? eh…

 

 

 

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!