Alhamdulillah… Sekiranya mengikut hisab dan ruqyah, esok 8hb Ogos 2013, kita umat Islam di Malaysia akan menyambut 1 Syawal… Hari Raya Aidilfitri 1434H. Kembali kepada fitrah.
Insya Allah, malam ini selesai tugas syif akan terus berangkat dari Kota Kinabalu ke kampung halaman, Kg. Jaya Bakti, Beluran.. Ya, cuti raya tahun ini hanya pada raya pertama dan kedua. Raya ketiga sudah kembali bertugas.
Ayuh, mari kita bersama-sama ‘kemaskini’ ilmu berkaitan Solat Sunat Hari Raya.
Ada beberapa perkara yang sunat dilakukan.Berikut di bawah adalah perkara-perkara yang sunat :
- Mandi Sunat Hari Raya
- Memakai pakaian yang terbaik
- Makan sedikit sebelum keluar ke masjid
- Menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri
- Mendengar Khutbah Raya
- Pergi dan balik dari masjid mengikut jalan yang berbeza
- Mengucapkan ucapan Hari Raya
Kepada mereka yang ingin mandi sunat Hari raya, niat lafaz mandi sunat Hari Raya seperti dibawah :
Lafaz Niatnya:
NAWAITUL GHUSLA LI I’DIL FITRI SUNNATALLILAHI TAA’LA
“Sahaja aku mandi sunat hari raya fitri kerana Allah S.W.T. Taa’la”.
HUKUM MENGERJAKAN / MENUNAIKAN SOLAT HARI RAYA
Solat Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha hukumnya adalah sunat Muakkad yang mana sangat-sangat dianjurkan kerana Rasulullah tetap dengan Solat Hari Raya ini selama baginda hidup.
WAKTU SOLAT HARI RAYA
Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri diadakan pada 1 Syawal setiap tahun dalam Kalendar Islam
- Rakaat pertama : Membaca doa iftitah dan kemudian Takbir 7 kali (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar . Kemudian Al-Fatihah dan surah Al-Kafirun.
- Rakaat kedua : Membaca doa iftitah dan kemudian Takbir 5 kali (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar dan Al-Fatihah serta Al-Ikhlas.
Alhamdulillah, setelah selesai melakukan solat sunat Hari Raya, akan diadakan Khutbah Hari Raya.
nota Aidilfitri:
Kad / gambar raya di atas diolah reka atau dimanipulasikan antara gambar Adam, Upin & Ipin serta Boboiboy… kerana begitulah kemeriahan Aidilfitri yang aku ingat dari dahulu hingga kini… meriah!
Saya dan keluarga, menyusun jari memohon kemaafan, sekiranya ada coretan ayat dan perbuatan yang menyinggung perasaan atau salah… Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf Zahir & Batin…
Terbaik!
(nota sikit: Tulisan Arab untuk bacaan Niat tak dapat di sertakan..masalah script)