Tag Archives: CATATAN HARIAN

Alam Dan Manusia | Sel-Sel Otak Berhubung

Masihkah kau ingat ?
Apabila usia sudah meningkat, tidak boleh tidak, kadang-kadang nostalgia nan dahulu kala di zaman purba (eh… hahaha) akan terimbau kembali. Lebih lebih lagi bila terjumpa artifak-artifak dari lubuk arkeologi masa yang tertimbus setelah sekian lama.

Contohnya, Buku Teks waktu sekolah rendah dahulu. Teringat pula betapa comel dan kurusnya aku dulu. Kekeke…  Sekarang dah jadi bapa budak darjah 1.

Aku berkesempatan bersekolah di tiga buah sekolah rendah.  Di SK Pekan Beluran, Sabah , SK Setapak, Kuala Lumpur, dan SK Pekan Tamparuli, Sabah. Seronok juga dapat banyak sekolah ni, lain-lain suasana, kawan-kawan dan cikgu-cikgu. Pengalaman pun macam-macam.


Aku ada dalam gambar di atas. Kedua dari kanan, paling belakang.

Sekarang pula giliran Adam untuk bersekolah rendah. Nampak dia pakai seragam sekolah, boleh buat aku tersenyum. Perasaan tu bercampur baur, gembira, risau, lucu, sedih. Sebab apa? panjang untuk dihuraikan.  Mesti mak dan bapa kita pun rasa macam tu dulu waktu kita mula sekolah.

Waktu kita kecillah sel-sel otak tu mula berhubung. Mengenal dan belajar tentang banyak perkara.

Subjek dan cara belajar dulu-dulu pun berbeza dengan sekarang. Bila tengok buku teks dan buku latihan Adam, dan mengajar dia mengikut apa yang tertera di buku tu buat aku tertanya-tanya. Macam mana aku belajar dulu? Hahaha…

Bila dah besar dan membesar (tak lama lagi kecil balik… hehehe), memang kita tidak mahu anak-anak kita melakukan kesilapan dan mahu mereka mencapai kejayaan yang lebih baik dari kita. Tetapi, kenalah berikan ruang dan masa untuk dia mengenal dunia dan kehidupan. Jatuh, bangun, luka dan menangis itu juga mendidik mereka untuk menjadi manusia.

Sama seperti kita dulu, inilah waktu untuk mereka menikmati zaman kanak-kanak.
Sedangkan kita yang dah dewasa ni pun, kalau boleh pasti mahu mengulang kembali zaman-kanak yang penuh dengan kegembiraan dan kebebasan tu kan.

Seronok tanpa perlu fikirkan tentang banyak perkara. Lebih-lebih lagi tentang kos, kos dan kos. Hahaha…

Bah !  Cerita tentang sekolah rendah ni juga pernah aku buat dalam entri di blog nun tahun 2010 yang lalu dengan tajuk Kenangan Terindah.
Kalau rasa-rasa mahu baca, silalah baca di link tersebut.

Nota :
Jom ke sekolah ^_^

 

Hari Ke 15 Di Tahun 2018 | Aku Jumpa Aku

 

Alhamdulillah. Hari ini hari ke 15 di tahun 2018.
Cukup gembira bila Aku Jumpa Aku setelah Aku Hilang Aku

Permulaan kali ini banyak bezanya. Syukur, diberikan kesihatan dan kekuatan untuk mengharungi ‘perjuangan’ yang panjang. Begitulah kehidupan, ada sahaja dugaan yang datang.

Blogging ? Seingat aku, dunia blogging ini mula aku ceburi di awal 2002. Platform yang digunakan seingat aku adalah laman web free yang ditawarkan oleh Yahoo pada waktu itu. Kemudian aku mula beralih kepada Blogger (Blogspot) dan akhirnya ke WordPress. Perjalanan yang panjang, hampir 16 tahun. Ada turun, ada naik.

Teruskan Blogging? Wah, ini memang soalan yang menusuk kalbu. Ikut statistik aku sendiri, pada tahun 2016 dan 2017, aku hanya ada empat (4) entri di blog ini. Manakala untuk tahun 2015 aku ada lebih kurang 27 entri. Mungkin akibat Galau, Gawal Gugah

Kenapa jadi begitu? Tak ada sesiapa yang boleh disalahkan, memang ke aku juga. Sebabnya aku yang perlu menaip untuk kemas kini blog ini. Pikul, Beratnya Ditanggung Walau Canggung.

Semoga selepas ini, blog ini akan kembali terisi dan memberikan manfaat bukan sahaja untuk aku tetapi untuk orang-orang yang membacanya.

Terima kasih untuk mereka yang pernah membaca, yang masih mengikuti, yang menyokong dan yang akan terus membaca.

Alamak, macam sedih pula entri pertama di tahun ni. Hahaha… tahun ini punya misi dan semangat lain macam !

Nota:
Gambar di atas diambil dalam perjalanan menuju ke Tamu Gaya Street. Cantik juga lukisan bunga Rafflesia di anak tangga tu.
Kredit dan syabas ! untuk mereka yang telah menghasilkan karya sebegitu. Terbaik geng!

Bah, jumpa lagi di karangan akan datang. Ni kali di kasi jadi!

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!