
Wah! Siuk eh! yup, aku baru balik dari Kuching Sarawak pada 7hb Mac lalu.Trip 2 hari 1malam itu berjalan dengan sukses…tiket ke Kuching ni dah ditempah seawal tahun lalu.. huhuhu. Memula tu macam aku tak berapa bersedia untuk berjalan-jalan ni. Khuatir kalau-kalau ada program lain. Tapi pada masa yang sama , aku begitu teruja sekali ! yeeehaa… kali terakhir aku menjejakkan kaki ke Kuching ialah pada tahun 2004, dan sebelum itu tahun 2000 (UiTM Samarahan)… kali ni aku bagi banyak gambar..kamurang tengok jak lah aa…
gambar di atas tu diambil sebelum menaiki kapal terbang aka ‘belon’ ke Sarawak. Bangun seawal jam 3 pagi pada 6hb Mac tu. Fuh…
Sampai jak di Kuching, kamiurang trus pigi Hotel Samudera Court di Satok untuk daftar masuk. Komen aku tentang hotel ni? bolehlah… kan nak berjimat… hhahaha…. selepas tu, kamiurang makan2 sekejap kemudian bertolak ke Sarikin. Kampung yang berdekatan dengan sempadan Kalimantan, Indonesia. Tempat ni banyak menjual barang-barang dari Indonesia dengan harga yang murah dan berpatutan… tapi kena berhati-hati… buat penilaian kualiti dan perbandingan harga… Disyorkan untuk datang awal pagi pada hari Sabtu atau Ahad tu..kalau tak, kulit korang akan hangus terbakar cam kulit aku…hahaha..panas wooo

kontrol macho walhal menahan kehangatan dek panas terik matahari

aksi tawar menawar
“kami mau beli banyak ni..kasi murahlah bah” si Izarul mencuba nasib
“ngak boleh..ngak boleh.. saya sudah kasi murah ni” kata si penjual sambil menghulurkan plastik
hahaha… dapat juga murah lah, sebab kami pajak banyak…kalau tak disebabkan balik nanti naik AirAsia, maka aku batalkan hasrat untuk memajak separuh barang2 di gerai itu.. kalau terlebih berat karang kena cas tambahan plak kan…hahaha..kunun
antara kain yang dibeli sebagai kenangan untuk diberikan kepada keluarga di Sabah… Makin digosok makin harum…eh biar benar pak! hahaha
pakcik ni tengah mengintai dengan aksi penuh ghairah dan bernafsu… wow!
eh chop! bukan mengintai gadis la, menengok barang2 untuk dibeli… kamurang ni kan…
tapi… aku plak terskodeng awek yang tengah beli spek mata ni…. Sejujurnya sebagai seorang lelaki aku kena menghayati keindahan alam… mencuci mata… menyegarkan minda…hahaha…

eh..betullah… menikmati keindahan alam…tengok ni…
rombongan kamiurang, sepatutnya ada lagi 4 orang, tetapi durang ada hal yang tidak dapat dielakkan… maka kamiurang bersembilan belas sahaja …

singgah gak sekejap ke kilang pasu
(ni aku wat entry berlainan..mungkin dalam photoblog jak)
lepas tu singgah ke tempat membuat kek lapis Sarawak ! wah.. popular tempat ni..banyak gambar artis bergambar kat situ… tapi yang paling best… boleh try test rasa kek-kek lapis tu… disebabkan tulah aku beli sampai 10 jenis kek lapis + 1 percuma.. yup, beli sepuluh percuma satu…nyum nyum…
eh..betullah…aku tak tipu… aku sampai Kuching bah.. nah ni di depan kedai Kek Lapis Dayang Salhah… ahaks… ntuk cerita selanjutnya, kamurang tunggu entry kedua aaa… hahaha
bah… mau booking tiket pigi mana lagi aaa lepas ni…