Biar betul ! Jual gambar di internet dapat duit? Mungkin perkara ni dah basi untuk mereka-mereka yang telah lama berkecimpung dalam bidang photography. Tidak mengapa, kalau begitu, entry ini bukan untuk anda ~_^. Yup, memang boleh dapat duit jual gambar di internet! Persoalan utama … berani atau tidak, salah atau betul. Eh… jual gambar bogel atau lucah di internet lagi lah senang untuk buat duit, korang nak buat?
Kamera dah ada, internet ada… apa lagi…jual lah gambar yang ada! buat duit di internet.
1. Dimana nak jual gambar? (soalan direct ni)
Selalunya orang akan terus ke soalan utama ni. Walaupun sepatutnya perkara asas yang perlu diketahui, jenis gambar apa yang boleh dijual (tak apa, nanti kita kupas isu ni dalam entry akan datang). Ok! berikut adalah tempat yang kita boleh jual gambar-gambar kita.(korang bleh klik/pergi web tersebut utuk maklumat lanjut)
– iStockphoto
dan macam-macam lagi…. yang popular adalah seperti yang di atas.
2. Siapa Yang Beli?
Pembeli-pembeli utama untuk gambar kita adalah dari golongan webmaster, editor majalah, penerbit , pengiklan dan orang-orang persendirian yang memerlukan gambar berformat digital untuk kegunaan mereka.
3. Boleh kaya kah ? (soalan tipikal)
Setiap foto yang unik dan menarik boleh mendapat harga yang bagus. Sekiranya ada tidak memberikan mana-mana laman, hak eksklusif untuk gambar anda, anda boleh menjualnya di mana-mana agensi seperti di atas. Gambar-gambar tersebut tidak mempunyai tarikh luput, ianya boleh digunakan olah mana-mana penerbit sehingga anda sendiri yang mengalihkannya dari agensi berkenaan.
TIPS – pengenalan
Hantar lebih dari sekeping, kalau sehari anda hantar 10 keping, portfolio anda akan berkembang.
Ikuti perkembangan semasa, ketahui kehendak pasaran.
nantikan tips-tips dan ulasan selanjutnya ~_^
1. Gambar Apa yang Boleh Dijual ?
2. Amatur atau Profesional
Nota Tambahan – Jun 2011
Mahu dapatkan harga terbaik untuk kelengkapan perkakasan kamera DSLR ? Boleh cuba tengok website kat bawah ni. Ada barang baru dan second hand. Kalau Mahu menjual kelengkapan dan perkakasan kamera pun boleh. Harga? berbaloi-baloi…