Kamera DSLR… suatu ketika dahulu dianggap gajet mahal yang sukar untuk dimiliki dan hanya golongan ‘pakar’ dan berduit lebat sahaja yang mampu menggunakannya. Kini semua itu boleh dianggap MITOS. Ya memang ada kamera DSLR yang mahal dan boleh buat penasaran. Aksesorinya juga, seperti lensa… pergh! mahal.
Tetapi … walau dengan bajet yang terhad, kita masih boleh memiliki DSLR. Ya.. DSLR pada kategori asas berada pada harga yang mampu milik. Sekiranya anda bertuah, ada pemilik DSLR pada kategori Pertengahan dan Profesional yang menjual kamera mereka pada harga yang berpatutan. Kamera ‘2nd Hand’… perlu berhati-hati ketika memilih.
Sekiranya anda tercari-cari kamera yang telah diguna dan hendak dijual oleh pemiliknya boleh lah ke ShaShinKi.com – Malaysia’s Online Camera Shop!
Bukan setakat kamera DSLR, tetapi juga aksesori dan kelengkapan untuk pelbagai jenis kamera. Termasuklah set studio, beg kamera, dan macam-macam lagi.
Kamera DSLR aku yang pertama Nikon D90… Berbakti dengan hebat. Niat untuk tambah atau beli DSLR baru… memang ada dalam perancangan. Cuma… aku masih sayang dengan D90 aku.. hehehe.
Baiklah…
Lain kali cerita lebih lengkap tentang kamera, tips-tips dan projek DIY jimatkan kos…