Tag Archives: Jalan-Kembara

Ikhlas dari Jauh… Armada ke 7

Menarik dan menghiburkan! aku amat bernasib baik kerana tidak menurut hasutan ‘malas’ di awal pagi Ahad kelmarin. Hujan turun renyai-renyai pada awalnya, tetapi aku tekadkan masuk ke kereta untuk terus memandu cik Lisa aka ‘kelisa’ ke Gaya Street, mengambil gambar. Yup, aku teramat suka dengan persembahan dari Tentera Laut Amerika Syarikat aka 7th Fleet Band… cuba korang tengok video di bawah ni…


woah! menarik bukan… mereka amat mengiburkan!

oh ya.. kamera D90 itu berat seberat 7 kapal kontena, maka sebab itulah video ni sedikit bergetar, dan pertama kali aku ‘picit’ untuk video… maaf jika video kurang memuaskan…ahaks, kebanyakan masa aku mengambil video dari menembak gambar kerana aku sukakan muzik dan persembahan mereka. kalau ambil gambar, tak dapatlah nak tengok semula kan… hehehe

Tiupan tahap super… ~_^

menghayati… muzik mereka datang dari jiwa… ikhlas…boleh rasa weih!

agak-agak sakit tak mulut?

akak ni pun sporting amat ^_^

brader kat tepi tu yang paling semangat…korang boleh tengok dalam video..

hahaha…lucu lah lu bro… hiburan dalam kapal tu…

aku sempat terlihat abang-abang kelasi ni mempraktikkan budaya ‘menunjuk’ kita, mungkin mereka sedikit hairan atau suka, sebab dorang melakukan aksi tu macam mengunjuk pedang…hahaha

Peace itu keamanan

“smile”

terjumpa dengan rakan sekerja dan anaknya, aku minta dia bergambar bersama kelasi-kelasi dari kapal USS Blue Ridge (LCC 19) ni. Oh ya, mereka akan berada di Kota Kinabalu dalam anggaran 4 hari dan sambil melakukan persembahan, mereka juga akan melakukan kerja-kerja amal… syabas! dorang ni berpangkalan di Yokosuka, Japan.

“ongkol… apa bah nama barang yang ko tiup ini?”
“aaa…what?”

yeah! mereka juga turut membuat persembahan di Palm Square, Centre Point, Kota Kinabalu… alaaa… yang di tingkat 4, yang ada Growball Cinema tu. Aku boleh siap duduk di lantai, menghayati persembahan sambil mengambil gambar. Pengunjung bersorak dan memberikan tepukan gemuruh setiap kali mereka selesai melakukan persembahan…

Ketua aka Fleet Bandmaster, Lt Robert “Jeff” Wrenn, turut beraksi pada petang tu.

“pon pon”

aku akan upload satu lagi video untuk persembahan yang di Palm Square ni… untuk dapatkan kualiti upload yang best, mengambil masa 2 ke 3 jam… alahai!

“jumpa lagi”
Info:1.Kelasi – kelasi dari kapal USS Blue Ridge (LCC 19) singgah ke Kota Kinabalu sebelum bertolak untuk tugasan di musim bunga. Mereka tiba di Sepanggar pada 3hb April 2010.
2.Kapten Rudy Lupton merupakan pegawai pemerintah USS Blue Ridge dan berkhidmat di bawah Komander ‘Expeditionary Strike Group (ESG) 7 / Task Force (CTF) 76 ‘.
3.Program “Freedom of Entry to the City” yang akan melibatkan tentera laut dari pelbagai negara seperti Brunei, Indonesia, India dan Amerika Syarikat akan diadakan pada 18hb April ini. Dianggarkan sebanyak 18 kontinjen akan terlibat dalam perarakan yang dijangka bermula dari jalan Tun Fuad Stephens, melalui Segama Waterfront hingga ke Gaya Centre.sumber~sabahtourism
website mereka- 7th Fleet Band

‘picit’ dan lari ! ~ kes Tuaran

“eh! kenapa ko picit – picit di sini aaa?! bikin malu bah!”
“atukui ! besar juga tu ko punya… bulih saya cuba try test pegang kah?”
“ai… kau main subuk-subuk ka tu tanakwagu? ”
“nah kan… lepas dia picit-picit, terus lari… tambirang betul!”
weih! … hahaha, inilah salah satu aktiviti rutin yang akan aku buat , picit dan lari. Seronok beb!
dan kes pada minggu lalu ialah Tamu Tuaran. Yup, sebelum berangkat ke rumah pengantin selepas Zohor , pagi tu aku merajinkan diri ke Tamu Tuaran. Berbekalkan persenjataan D90 aku ‘menembak’ dan memicit dengan penuh berahi… eh…

“Pisang pakcik tak ada plastik lah!”
Aku sengaja skodeng, kalau-kalau ada straw atau plastik yang digunakan sebagai bahan untuk menyedapkan dan menggaringkan pisang goreng tu… setakat ni..tak nampak pun…

Aku rasa teknik penyamaran kita belum terbongkar… Misi harus dijalankan!” makcik berbaju kurung hijau berbisik perlahan dengan sekutunya…
Farid Kamil dengan Diana Danielle tu, ada apa-apa kah dorang tu aaa?” sambil menutup mulutnya, makcik berbaju kurung putih mencelah.
Eh,kamurang ni…fokus bah!” bentak makcik yang bertuala biru di atas kepala
ahaks… komplot rahsia durang ni…. hehehe…
“ai… limpas saja kamurang?..beli lah bah”
Cacat + Simpati + Sedih + belas = Sedekah

aku lapar la plak…. nyaman!

makcik…saya ada member kad, jadi…ni sayur bulih dapat diskaun ka?
kalau bisnes jual sayur buat camni bleh ka tu aaa?
orang ramai berduyun-duyun ke tamu Tuaran… 40 minit dari Kota Kinabalu. Makanan tradisional, sayur-sayuran, ikan dan hasil laut , anyaman rotan, kuih-kuih dan macam-macam lagi boleh dapat disini… boleh tawar menawar bah… ~_^

hello bos! kita punya cakui tidak laku ooo, saya rasa aaa, mau kasi tukar warna pergi kaler merah, baru banyak ong mari… hello… boss… hello!”

“goreng pun sodap..oh mak aiih!”

haus amat… minum milo ping…fuh… nyaman!

“aunty, ini ponti (pisang) berapa harga dia? saya mau angkat semua!”

“betul ka tidak ini gaman ooo…” getus hati kecil makcik itu…
————————
malu jugak sebenarnya bila nak mengangkat kamera, meng-zoom dan mengetik… kalau kena yang tak puas hati atau tak suka… mesti masam muka dan macam marah… tapi yang kewl dan kesukanan (sporting)… hahaha… baru siuk.. ahaks… atau mau kena tambah beli lens baru… zoom dari jauh sija.. ngehehe
Drama dan peristiwa dalam kehidupan seharian… pelbagai wajah, rupa dan sifat, itu yang membuatkan hidup bermakna… hargai kehidupan anda… ~_^

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!