Tag Archives: KOREA

AKU BERHARAP|KAU BERHARAP… ADA HARAPAN

Awak tahu tak ? saya telah kehilangan sesuatu… Sesuatu yang amat berharga dan saya tahu siapa yang telah mencurinya” aku tertunduk sambil menggelengkan kepala. Menyembunyikan wajah yang sugul.

Apa yang hilang? dan siapa yang mencurinya?” Hyejeong cuba memujuk dan menenangkan perasaanku. Lirikan mata dan tutur lembutnya, membuatkan aku terpaksa menutup mata. Tersenggol rasa hati. Manja dan manis… itu bisik hati kecilku. Aku diam seketika dan masih menutup mata.

Cahaya matahari yang masuk melalui tingkap menyilaukan mata aku yang sedang berbaring di atas riba isteriku yang tersayang. Dia menghalang pancaran terus mentari di musim luruh di bumi Korea  itu dengan kepalanya. Rambutnya yang mengurai sesekali menyentuh wajahku. Aku membuka mata, ayu sungguh wajah bidadariku ini…

Apa yang hilang? dan siapa yang mencurinya sayang?” sekali lagi Hyejeong bertanya sambil menggenggam erat tanganku. Risau.

Saya telah kehilangan hati dan awak telah mencurinya… ” aku tersenyum sambil membelai mesra rambut gadis yang telah menerima lafaz nikahku padanya minggu lalu. Dia mencubit manja. Tersenggol.

Kami menyanyikan lagu FT Island yang bertajuk I Wish bersama. Jari jemarinya yang lembut aku pegang dan kami bersama memetik gitar mengikut not lagu Kpop itu… Sesekali aku mencuri pandang Hyejeong yang memandangku sambil tersenyum… Cair… degup jantungku bertambah kencang. Aku teringat dengan pertemuan kali pertama kami di KAIST – Korea Advanced Institute of Science and Technology, salah sebuah univeriti yang terkemuka di Korea Selatan ini….

MUSIM LURUH YANG LALU…

Musim luruh tiba lagi di bulan November ini di Daejeon, Korea Selatan. Ini adalah musim luruhku yang kedua di perantauan ini. Melanjutkan pelajaran di bumi KPop ini amat mengujakan buat aku. Agaknya gelombang Korea itu yang menarik aku sehingga ke sini. Wajah ayu, mulus dan putih serta senyuman manis gadis Korea yang sering dipaparkan di kaca tv sewaktu aku masih di tanah tumpahnya darahku, Sabah di bawah bayu memikat aku untuk menerima terus tawaran melanjutkan pelajaran di Korea tanpa banyak soal. Girl’s Generation, Wonder Girls, Kara, After School dan banyak lagi kumpulan gadis idol Korea menari-nari di benak fikiranku dahulu.

Pelik… setibanya aku di KAIST – Korea Advanced Institute of Science and Technology, kotak fikiran lebih dipenuhi dengan beban tugasan diberikan pensyarah serta rumus, teori dan kimchi… hehehe.

Semalam aku terima teks pesanan ringkas dari seseorang yang aku tidak kenali. Si pengirim teks meminta aku datang ke perpustakaan universiti kerana katanya memerlukan bantuan berkenaan topik berkaitan ‘Nanophotonic and Nanoelectronic Materials’. Satu tajuk yang susah dan dalam kehairanan aku tetap menerima pelawaan si pengirim teks, walau pada awalnya aku agak keberatan. Ayah pernah berpesan kepada aku, adat kita merantau, musuh jangan dicari… tolong dan kita akan ditolong. Aku tidak tahu siapa pengirim teks tersebut, tetapi dia mengirim teks dalam bahasa Melayu yang agak unik, beberapa ejaan perkataannya tidak betul…

[Bolihkah Adam tulong saya? Saya ini perlukan bantuan kamu ya. Tulong ajari saya tajuk Nanophotonic and Nanoelectronic Materials… Esok saya menanti Amri di library, pada waktu 10 pagi. Tulong saya ya…] pesanan ringkas itu memang ringkas, dan aku juga menjawab dengan ringkas.

[Baiklah… Jumpa awak di perpustakaan esok] mungkin rakan senegara yang memerlukan bantuan.

Malam itu aku tidur lena. Dingin.

Keesokan harinya aku bergegas ke perpustakaan, jarak dari tempat kediaman menuju ke perpustakaan tidaklah jauh, tetapi gara-gara tidak dapat menahan mata untuk tidur semula selepas solat Subuh membuatkan aku terlewat untuk menepati janji. Jam 10 pagi di perpustakaan katanya. Rambut pun tidak sempat untuk aku rapikan dengan betul. Jam menunjukkan pukul 10.30 pagi ketika aku tiba di perpustakaan. Mataku melilau mencari-cari kelibat orang yang seolah sedang menunggu seseorang. Aku terpandang seorang gadis yang seperti sedang menanti seseorang… aku hanya berlalu di hadapannya dan meneruskan pencarian. Tidak mungkin seorang gadis Korea secantik itu yang menunggu aku… aku tersenyum sendiri. Mungkin sahaja aku telah dipermainkan oleh rakan-rakan sekelas yang mahu mengenakan aku. Aku mengeluh sambil menggelengkan kepala dan menuju ke arah pintu keluar. Baik aku balik. Siapa yang kenakan aku ni!

Adam… awak ni Adamkan?” aku terkejut dengan sapaan dari belakang itu. Terasa ada tangan yang menyapa lembut bahuku. Aku berpaling dan agak terkejut.

Ya, saya Adam… ke..ke..kenapa?” tiba-tiba pula aku menjadi gagap. Terkejut, kerana gadis Korea yang cantik itu tadi menegurku. Wajah ayu, mulus dan putih serta senyuman manis gadis Korea itu membuatkan hati aku berdegup kencang. Mungkin selaju keretapi laju menuju ke Seoul.

Saya yang hantar sms kepada awak semalam. Saya Hye Jeong. Pelajar tahun pertama Jurusan Teknologi dan Nanosains” gadis ayu berambut perang itu menghulurkan tangan untuk bersalam denganku sambil memberikan senyuman yang manis. Aku melarikan pandangan ke arah sekumpulan pelajar perempuan yang berada di luar. Ah, itu rakan-rakan sekuliah aku dan mereka sedang tersenyum dan ada yang seolah menutup mulut menahan gelak dan ada pula yang memberi isyarat ibu jari menunjukkan tanda bagus. Pasti mereka yang cuba mempermainkan dan mengenakan aku, getus hati kecilku. Aku teringat dengan drama dan filem mengenai gadis-gadis popular dan lawa di kolej atau universiti mempermainkan perasaan lelaki nerd seperti aku. Eh… nerd kah aku?

Maafkan saya Hye Jeong. Gurauan seperti ini sudah lapuk dan saya sudah tahu pakatan awak dengan rakan-rakan saya” semberono aku membuat tuduhan dan mengeluarkan kata-kata keras itu. Tangan Hyejeong yang menghulur salam tidak bersambut.

Saya tahu awak cantik dan menarik… Awak tak perlu goda saya untuk siapkan assignment awak” sekali lagi aku mengeluarkan ayat negatif. Perlahan-lahan dia menurunkan tangannya yang dihulur tadi.

Awak boleh cari mangsa lain” aku memandang tepat ke anak mata Hyejeong. Ada sesuatu yang ganjil dengan anak mata dia… ada genangan air.

Awak dah salah sangka…” Hyejeong menolak bahu aku sambil berpaling. Aku terlihat genangan air matanya sedikit berderai. Dia berpaling dan mula melangkah pergi.

Aku tersentak. Seolah ada kilat yang menyambar hati aku. Degupan jantung semakin kencang. Aku telah membuat pertimbangan yang salah. Tuduhan serta ayat yang aku lafazkan telah menggores hati seorang gadis yang tidak bersalah. Aduh! kenapa aku terus membuat andaian tanpa usul periksa. Terasa seperti ada tamparan yang tepat mengena pipi aku. Aku terpaku seketika. Hanya mampu melihat Hyejeong yang perlahan-lahan melangkah pergi.

Tunggu…” aku mencapai tangan Hyejeong dan menahan dia dari terus berlalu pergi.

Saya telah kehilangan sesuatu, dan awak telah mengambilnya” aku memegang tangannya dan membawanya ke dadaku untuk merasa degupan jantungku yang semakin laju berpacu kencang.

Saya telah kehilangan hati, dan awak, Hyejeong …telah mengambilnya” sekali lagi aku memandang tepat ke matanya. Terharu melihat kesedihan di wajah gadis yang ayu ini.

Maafkan saya kerana menyakitkan hati awak… izinkan saya untuk merawatnya. Saya boleh menjadi doktor untuk merawat hati awak…” entah dari mana aku mendapat idea, ayat itu yang terpacul dari mulut aku.

Hyejeong kembali senyum… aku menyeka air matanya yang mengalir di pipi dengan jariku. Halus… tersenggol.

“Bidadari secantik kamu tidak elok menangis…”

~ bersambung….

Nota Ringkas : Gadis manis dalam video klip FT Island – ??? (I wish) bernama Hye Jeong dari Kumpulan Ace of Angels. Lagu dan video klip dari kumpulan FT Island ini amat menarik dan membuat aku tersenggol-senggol katanya. Baiklah, ini hanya cerita rekaan dan ciptaan semata-mata…. ~_^

 

 

 

Pesanan Ringkas : Sayangi orang tersayang…

HELLO STRANGER

Bertemu dengan seorang gadis comel dan kiut atau berjumpa seorang jejaka kacak dalam sebuah percutian dan kemudian terbitnya bibit cinta mungkin merupakan kisah impian setiap remaja. Lebih – lebih lagi jika percutian itu di Korea Selatan. Wow! begitulah lebih kurang cerita cinta percutian aka Komedi Romantis dari Thailand yang bertajuk Kuan Muen HoHello Stranger. Alih bahasa langsung ~ Hello Orang Asing (macam lain plak bunyinya!)
Cerita ini mengenai dua anak muda daripada Thailand yang saling tidak mengenali antara satu sama lain, bertemu di Korea Selatan dalam percutian masing-masing.

Si Gadis, May (nama samaran)- dilakonkan oleh Neungthida Sophon bercuti ke Korea Selatan dengan membohongi teman lelakinya, yang dia ke sana bersama dengan rakan wanitanya untuk menghadiri perkahwinan rakannya.
Dalam percutian impiannya ini dia menjejaki beberapa lokasi yang ada dalam beberapa drama bersiri Korea seperti ‘Coffee Prince’ dan ‘Winter Sonata’.
Sekali pandang wajah ayu awek ni persis orang Korea Selatan tu… wah…saranghae~

 



Si Jejaka, Daang (nama samaran)-Dilakonkan oleh Chantavit Dhanasevi bercuti ke Korea dengan harapan untuk bertemu dengan bekas kekasihnya. Percutiannya agak kelam kabut kerana tidak ada persediaan rapi… dia mabuk! mujur pada awalnya dia mengikut rombongan pelancong.

Dengan jiwa yang kacau dan kemahiran berbahasa Inggeris yang lemah membuatkan dia mengalami kesukaran di Korea Selatan.

Sekali imbas, wajah si tampan ni pun macam muka lelaki Korea… isk!

 


Kemudian takdir telah menemukan mereka dalam satu kejadian yang unik. May rasa kasihan dan terpaksa membantu Daang yang mengalami masalah komunikasi dengan warga Korea. Lebih-lebih lagi setelah Daang ditinggalkan oleh rombongan pelancong yang hanya akan kembali ke hotel penginapan dua hari kemudian.

Daang terpaksa mengikuti  May ke tempat-tempat yang mahu dilawat olehnya.


ingat tak babak ni? macam Winter Sonata

Bermulalah perkongsian kisah hidup dan cinta mereka di sepanjang percutian itu. Tanpa memberitahu nama sebenar, mereka saling memberikan nama sesama mereka. Si gadis, May, dan si jejaka, Daang. Alasannya mudah, kerana itu akan membuatkan mereka lebih selesa untuk meluahkan perasaan dan masalah tanpa perlu gusar kerana pada dasarnya mereka saling tidak mengenali.


Adegan merenung bintang.
Awak rasa bintang di Bangkok dan disini sama tak?
Ok! Rasanya tak perlu diceritakan secara penuh, kurang suspen dan perasaan nanti… Tapi aku sertakan beberapa gambar mengikut turutan cerita untuk mengubat rindu korang dengan cerita ni… untuk mengenang sebuah kisah cinta romantis di Korea Selatan... (kredit kepada semua yang empunya gambar)

 

“Sarang Hae ~_^”
Putus Cinta? Diputuskan? keputusan ?
mereka berdua dalam dilema di perantauan… nikmati percutian sebaiknya!
kalau saya dapat ke tempat bersalji saya akan berbogel disana!
Bukannya apa, saja nak tahu salji tu sejuk atau tak“… gurau May

 

 

 

 

May tertidur bila membonceng motor… romantis tak?
Kemudian perasaan mula bercampur baur… di antara Cinta dan Sayang…
Ciuman bertukar servis ! churp!
[amaran: untuk yang dah kahwin sahaja…hehehe]
CINTA terluah… pelukan sayang diberi (bukan berahi!)

 

Tetapi semuanya berubah apabila Koi, bekas teman wanita Daang datang untuk menemuinya di Korea Selatan. Daang terkeliru dan terkejut kerana berita akhir yang diterimanya, Koi telah pun berkahwin. May berlalu pergi dengan penuh kesayuan… dengan hati yang terguris dan luka… mungkin cinta mereka hanya sekadar cinta di musim percutian…

Wah… seronok juga kisah cinta komedi romantis ni. Segar rasanya. Lakonan dan latar belakang lokasi yang mantap dan cantik membuatkan kita dibuai impian ‘nakal’ masing-masing. Demam Korea Selatan!. Bagaimana dengan kesudahannya? …  Penamatnya tergantung… tidak juga berakhir dengan sedih dan tidak juga gembira...

Ada perasaan macam nak melancong tak?
CINTA itu KOMPLEKS … tidak serupa CORNFLAKES…

p/s: tertengok wayang ni di saluran 952 Astro (bulan November 2011), wayang ni sebenarnya keluar tahun 2010 dan mendapat sambutan yang hebat di Thailand serta mendapat kutipan mencecah  131 Juta Baht ( 4.3 Juta USD )… kalau Ringgit Malaysia dekat  13.5 juta ringgit.. banyak tu… tak campur lagi kutipan dari tayangan luar negara…wooo…

p/s 2: lama tak update blog… rasa berkarat dan tumpul otak.

 

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!