Tag Archives: Motivasi

Silir Semilir | Timpa Bertimpa

-standbudakhutan

Akal ligat berselirat, peluk tubuh dingin, belikat dan tongkeng bingung…harap saja apireksia. 

Relung masa kudup mulur selari satah lompong di ruang kosmik. Lopong omong kosong? Ghaib bukan mencari nikmat. Bukan juga musyahadah atau kerana maakulat . Siluman kerana tiada daya. Cela? ku tangkis sahaja dengan sabar, seperti pohon bambu ditiup angin. Man jadda, wa jadda.

Kita bukan mamalia kendong, punya kantung atau saku di perut. Kita punya babat yang dikendong. Canggung? Resmi resam, kalau hidup tidak berbudi, duduk salah berdiri canggung.

Lauk cecah sambal, kalau pedas makan timun. Marah tangan dikepal, hilang waras maki hamun. Kosa kata? Leksikon pedagogi. Loh Mahfuz.

Silir semilir timpa bertimpa. Moga jasad terus berjisim. Jauh dari isim-isim bersulam kelam. Hilang sepuh nampak senam. Jangan kalut, kita semua lut. salut? 

nota kaki :

bungkam mencengkam ?

Untung bagai roda pedati, malang tiada datang tunggal, sauk air mandikan diri, isi dada bekal cekal.

sit-budakhutan

Melenting | Rasis Itu Seperti Kopi ?

Anjing - Kontroversi?

Anjing – Kontroversi?

Sejak akhir-akhir ini, khasnya dibulan Ramadhan yang mulia ini kita dikejutkan dengan pelbagai tragedi dan peristiwa yang mengundang pelbagai kontroversi. Jenayah bunuh menggunakan senjata api seperti filem dan drama tembak menembak yang selalunya berlaku di Barat. Kehebatan para pembunuh upahan ini melakukan aksi ngeri di kawasan umum amat menggerunkan. Mereka sudah semakin berani!

Kita juga dikejutkan dengan isu gambar yang di’viral’ kan oleh dua anak muda, berkenaan ucapan menyambut Ramadhan tetapi dengan kaedah yang salah… menunjukkan makanan yang tidak halal untuk dimakan oleh orang Islam. Kemudian digemparkan pula dengan video lama yang telah di’putar’ semula dek kehangatan isu ‘rasisme’ ini. Video Selamat Hari Raya dan didalam video tersebut ada babak-babak berkaitan dengan anjing. Mesej tersembunyi ada tetapi orang ramai mudah salah faham dan melenting. Ya… melenting!

Bagaimana hebatnya orang kita mudah melenting dan mengeluarkan kata-kata ‘murni’.

Islam itu bukan sekadar, babi itu Haram, dan anjing itu tidak mulia.

Cuba belek balik Rukun Islam dan Rukun Iman. Adakah kau dan aku sudah ‘khatam’ dengan tuntutan yang lebih mustahak? Solat? Puasa? Haji?. Perkara asas.

Cukup Islamkah kita apabila solat dan puasanya tidak sempurna, tetapi sibuk mencaci dan mencerca orang lain.

Cukup Islamkah kita apabila mengeluarkan kata-kata kesat dan membuat tindakan di luar norma kemanusiaan, kerana marah agama kita dihina?

Cukup…

Kita sepatutnya menjadi contoh, membuat segala hal kebaikan agar dapat menarik lebih ramai yang belum mendapat hidayah tertarik untuk menganuti agama yang kita anuti ini…

Sekiranya kita mempamerkan sikap yang hilang peradaban dan nilai akhlak yang kotor, maka agama yang kita nuti akan menjadi cercaan dan dipandang negatif.

Bagaimana cara mengatasi masalah yang dilihat kian meruncing ini?… keretakan antara agama dan kaum?

Apakah tindakan dan cadangan anda untuk menyelesaikan isu ini?

nota suam:

Bertahan ada caranya…

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!