Tag Archives: SayanGi BuMi

Senja Itu Manja…

Salam Isnin.

Jeti-Sipitang-budakhutan

Bayangkan suasana senja, saat matahari semakin tenggelam di ufuk horizon, seolah tenggelam ditelan lautan yang luas. Langit perlahan-lahan bertukar warna, daripada biru ke jingga dan akhirnya menjadi kelam. Awan yang berkepul-kepul bertukar bentuk, burung berkicauan meraikan tibanya senja yang akan disusuli malam.

Bahang hangatnya lantai jeti dari kayu yang mengunjur ke lautan itu membuatkan diri dibuai rasa. Bayu yang berhembus lembut membawa aroma pantai yang mengasyikkan. Langkah demi langkah menuju ke penghujung jeti diatur perlahan agar kedamaian yang dirasakan itu berpanjangan.

Jeti-Sipitang2-budakhutan

Indah…

Seronok dan menarik. Malangnya, keindahan dan suasana yang mendamaikan itu dicemari dengan sampah yang dibuang ke laut. Bekas makanan dan minuman, plastik, tin, botol, kotak rokok dan banyak lagi jenis sampah telah mencemari pantai-pantai kita… Natijahnya?

Bukan sahaja ianya mencemarkan alam tetapi boleh mendatangkan kemudaratan kepada manusia kembali.

Contoh Situasi : Anda dan ahli keluarga atau bersama rakan bermandi-manda atau beriadah di pantai. Sedangkan terdapat serpihan kaca, botol yang pecah atau tin yang telah berkarat di dalam laut. Jika terkena? Sedap…

Tetapi manusia itu alpa, segala sampah mahu dilupuskan di laut. Di laut ada pelbagai jenis hidupan, tidakkah mereka yang membuang sampah ini berfikir tentang alam yang dihuni ini bukan milik mutlak manusia, tetapi dikongsi bersama semua hidupan di bumi yang ajaib ini?

Ganjil…

Tunggu terkena diri sendiri baru tahu erti penyesalan…

nota tangan:

wah… Selamat Isnin. Pesanan sosial berkaitan alam yang jarang-jarang dibuat. Hahaha… atau lebih tepat lagi, seperti yang dahulu dahulu… kembali beraksi? …

Hitung!

BUMI | PANDEMIK PROPAGANDA DIAYAH

Bilakah agaknya meteor atau gempa bumi atau puting beliung atau tsunami  atau makhluk asing atau zombi atau kemurkaan… melanda atau menakluk BUMI ini…

Biar hancur hierarki, anarki, putarbelitkaki… politikaki… yang boleh buat orang memaki membenci…

budakhutan - tenggelam2010

Sangat sebak dengan kepincangan, keceluparan dan kerakusan manusia yang bergelar orang… orang orang yang asalnya orang..

Agama…politik… Bangsa… Kembali kepada kepuakan gasar.. .asal punya kuasa gaya orang besar-besar… yang lurus tak telus, yang bijak guna memijak, yang lebih berlebih-lebih, yang tinggi meninggi-ninggi, yang kuat lagak hebat… eh, ingat… darah sama merah bukan kelabu atau ungu…jangan dungu…

Sahabat dihutan belantara mula mengeluh, mahu sahaja diajak beradu mereka yang berakal tapi dangkal…

Rakan diair mula merajuk, mahu sahaja ke darat dibawa selam mereka yang punya peradaban tapi biadap tak beradab…

Teman di langit mula berdendam, mahu sahaja menjunam tajam ke dada dada mereka yang jahanam… kejam

Jangan sampai………..

Sebelum sangka berprasangka ini adalah mesej untuk semua…

Bukan untuk politik kau dan dia…

Bukan hanya untuk agama kita dan kamu..

Bukan untuk bangsa disana atau disini…

Tapi untuk KITA MANUSIA…

Bumi… Pandemik propaganda diayah…

nota kaki : enteng?

Tentang Aku?

Aku adalah seorang orang. Seorang lelaki dan itu adalah muktamad. Ini adalah sebuah blog yang bukan macam blog? bukan juga ‘goblok’, tetapi kongsi selok-belok agar jadi insan elok. Terima kasih kerana sudi membaca. Berminat untuk berkenalan / beriklan boleh ke facebook atau email

error: Content is protected !!