Category Archives: TIPS BLOG

Tutorial : Cara Keluarkan Adsense Melalui Western Union Di Pejabat Pos


cara-keluar-adsense-pejabat-pos
Tutorial : Cara Keluarkan Adsense Melalui Western Union Di Pejabat Pos

Assalamualaikum dan salam blog.

Para blogger Otai dan baru yang terjebak dengan Adsense, pastinya ternanti-nanti detik 23hb (waktu Malaysia), sebab itulah waktu keramat pihak Google akan keluarkan ‘Statement Of Earning’ dan bayaran untuk pendapatan Adsense bagi bulan sebelumnya.
Maksudnya, untuk pendapatan bulan lalu , bayaran akan dibuat pada 23hb bulan seterusnya.

Sebelum ini, kaedah yang aku pilih untuk terima bayaran Adsense adalah menggunakan Cek, selepas itu beralih gunakan kaedah melalui Western Union. Kebiasaannya aku memilih untuk mengeluarkan rezeki adsense ni melalui western union di pejabat pos. Kenapa pejabat pos dan bukan Wire Transfer? sebab kalau bank ada CAJ ^_^

Tutorial : Cara Keluarkan Adsense Melalui Western Union Di Pejabat Pos

1. Cetak ‘Payment Receipt’ dari akaun Google Adsense anda
– Ini untuk lebih memudahkan, ada kerani kaunter pejabat pos / bank yang kadangkala CURIGA dan HAIRAN
– Aku pernah kena tanya “Kenapa kau kena bayar oleh Google? Kau kerja sana?”…

2. Butiran Penting dalam Payment Receipt tu adalah :
– Nombor Kawalan Pindahan Wang / Money Transfer Control Number (MTCN)
– Nama dan Alamat Pembayar

3. Lengkapkan Borang Penerimaan Wang Western Union
– aku isi borang aku macam di bawah ni kebiasaannya…
– untuk ruang jumlah dijangka tu, aku selalu lengkapkan dalam USD dan sertakan nilainya dalam RM

4. Di Kaunter, awek Pos akan minta kad pengenalan untuk pengesahan
– Untuk kali pertama / jika awek tu tak tahu… dia akan soal macam-macam

5. Bayaran diterima TUNAI. Tak ada kos tambahan (bayaran untuk pihak pos)
-cuma anda perlu senyum dan ucap terima kasih …

cara-keluar-adsense-pejabat-pos-westernunion

Baiklah, ringkas bukan… taklah kompleks dan susah.

Ya di Bank pun aku pernah buat … mudah.

BANYAK TAK DAPAT DARI GOOGLE ADSENSE ?

Alhamdulillah, bolehlah untuk bernafas dan langsaikan bil-bil…
kalau mahu banyak… usaha kena lebih ^_^

Tips Blogging | 11 Jenis Entri Blog Menarik Pembaca

TIPS-BLOGGING-11-ENTRI-BLOK-TRAFIK-TINGGI

Anda seorang blogger ? atau seseorang yang berkecimpung dalam ‘dunia web’ untuk menjana pendapatan online? Ini dia Tips Blogging , 11 Jenis Entri Blog Menarik Pembaca.
Kenapa mahu tarik pembaca? pembaca blog diibaratkan nyawa sesebuah blog / laman web. Tanpa pembaca … sunyi jadinya.

#1 ENTRI BLOG YANG ‘MENUNJUK-NUNJUK’

Ada pelbagai jenis entri dalam kategori menunjuk-nunjuk ni. Secara asasnya blogger akan tunjukkan hasil pendapatan online, jumlah trafik ke laman web, kedudukan/ranking blog dan bukti-bukti kejayaan mereka.
Ada juga yang tunjuk kehebatan sosial, kenal artis sana-sini, kenal ahli politik sana-sini, rapat dengan orang-orang terkenal.
Ada juga yang tunjuk keseronokan mengembara, melancong, makan-makan dan aktiviti-aktiviti yang hebat.

Benda ni  taklah salah, ianya strategi yang bagus untuk meyakinkan pembaca untuk mengikuti nasihat, tips dan seterusnya terus membaca blog anda. Pembaca pastinya lebih percaya setelah melihat bukti-bukti yang diberikan. Tapi…. janganlah menipu…

#2 ENTRI BLOG BERKAITAN PANDUAN DAN TEKNIK

Antara niche blog yang mendapat trafik tinggi ialah Panduan Memasak Mengikut Resepi tertentu. Ramai yang jadi ‘Chef’, termasuklah yang ‘Chef’ kopi pes (copy & paste)…
Jika anda mempunyai sebarang kemahiran dalam apa jua bidang, buat entri blog mengenainya.
Selain dari memasak, niche berkaitan panduan yang popular di Malaysia ialah mengenai duit, pekerjaan, islamik, fotografi, kenderaan, melancong, blogging dan banyak lagi ooo…
Kata kunci yang selalu digunakan ialah
“Panduan / Teknik Rahsia…”, “Panduan / Teknik Ajaib…”, “Panduan / Teknik Mudah…” dan macam-macam lagi keyword. Katanya untuk SEO.

#3 ENTRI BLOG BERBENTUK SENARAI

Entri aku yang ini masuk dalam kategori no.3, aku senaraikan 11 jenis entri blog yang boleh menarik pembaca. ehem…
Banyak senarai yang boleh blogger sediakan, contohnya ;
5 Orang Terkaya Di Malaysia Yang Tak Macho !
7 Jenis Gadis Yang Dicari Lelaki
10 Langkah Untuk Jadi Perdana Menteri Malaysia
100 Blogger Terkacak Di Malaysia
9 Gadis Bertudung Paling Lawa 
dan…banyak lagilah senarainya…. Pernah jumpakan entri blog yang macam tu… ^_^

#4 ENTRI BLOG ULASAN / REVIEW

Untuk entri jenis ini terbahagi pula kepada dua, yang berbayar atau yang suka-suka.
Untuk yang suka-suka, blogger akan buat ulasan / review tentang apa sahaja, dari produk, perkhidmatan, tempat, orang , makanan, dan macam-macam lagi. Yang ini banyak jujur, puji dan caci makinya. Untung nasib, ramailah yang akan baca entri anda apabila mereka mahu tahu tentang sesuatu.
Untuk ulasan berbayar, blogger akan buat duit dengan dibayar oleh individu, syarikat atau jabatan kerajaan untuk buat ulasan mengenai mereka dan produk-produk mereka. Yang ini kadang-kadang lebih banyak puji dan merapunya… Yang jujur itu bagus, kalau yang sekadar mahu dibayar… hmmm….

#5 ENTRI BLOG MUSTAHIL / PELIK / MENAKJUBKAN / MENJENGKELKAN

Blogger Buat Duit Online Dari RM 0 Jadi RM  100 Ribu Dalam 10 Hari !
Lelaki Ini Pelik, Selepas Mati Hidup Semula
Pasangan Muda Jadi Kaya Lepas XXXXX

Pernah baca entri blog dengan tajuk-tajuk seperti di atas? Ianya menarik perhatian pembaca untuk ambil tahu.
Elemen kejutan , gempak dan unik itu membuatkan ‘hati pembaca’ tergaru-garu untuk membacanya.
Yang sedihnya… Teknik ini dimanipulasi dengan teruk.

#6 ENTRI BLOG FOTOGRAFI / VIDEO / ANIMASI

Entri blog jenis yang ini ramai peminat tegarnya. Kemudahan laman sosial serta telefon pintar yang ‘berleluasa’ menyumbang kepada populariti entri blog berasaskan Foto, Video atau Animasi.

Tetapi ada juga yang ambil kesempatan dengan buat entri video cetak rompak, filem / drama terkini.

#7 ENTRI BLOG INFOGRAFIK

Tak ramai blogger yang guna kaedah infografik ni. Masalahnya mungkin pada kandungan entri yang terhad atau kesukaran untuk mendapatkan fakta / info yang bermanfaat untuk digrafikkan.
Atau mungkin sahaja tidak ada masa untuk menyiapkan grafik-grafik yang menarik.

Elemen SEO berasaskan grafik juga sebenarnya banyak menyumbang kepada aliran trafik yang tinggi ke laman web jika kena pada caranya.

#8 ENTRI BLOG DUNIA SELEBRITI / DRAMA / FILEM

Ini Jenis entri yang sangat banyak diamalkan oleh blogger.
Apa boleh buat…. selain daripada minat, entri sebegini ramai pembacanya. Lebih-lebih lagi gosip dan isu panas artis tempatan.

#9 ENTRI BLOG POLEMIK / DEBAT / PERBAHASAN 

Jika anda blogger yang suka berdebat, nah…timbulkan isu untuk dibincangkan. Ambil kesempatan daripada sikap cepat melenting orang-orang kita ni.
Contohnya buat entri Polemik seperti :
Orang Borneo vs Orang Semenanjung
Lelaki Lagi Hebat Memasak Dari Perempuan
Siti Saleha Lagi HOT Dari Fazura
Rasa berapi-api kan dengan tajuk di atas… fuh.. aku setuju yang no.3 tu… eh!
Untuk jenis entri macam ni, banyak komen akan diterima… kena maki pun ada. Boleh Gaduh wooo…
Silap-silap boleh kena tangkap!

#10 ENTRI BLOG POLITIK

Aku tidaklah minat sangat dengan politik…. tetapi peminat-peminat entri blog dalam kategori politik ni sangatlah menakjubkan.
Boleh perang mulut. Perang saraf dengan pelbagai serangan-serangan dan hujah politikus.
Blogger dalam niche politik ni ada misi dan visi yang besar…

#11 ENTRI BLOG LUCAH

Yang ini tidak boleh tidak… termasuk dalam senarai. Hakikat yang pedih..kan
Adalah juga blogger-blogger kita ni yang guna elemen lucah berkaitan seks dan porno dalam entri blog.
Yang buat entri tidak berakhlak itu satu hal… tapi bila buat duit dengan blog yang macam tu… hmmmm

————————
Nota:
Entri yang panjang ^_^ Lama juga aku tidak membuat tips blogging ni macam dulu-dulu. Fuh…
Dulu-dulu ramai jugalah yang tinggalkan komen di blog serba kekurangan ni… geng-geng blogger pun ramai… ramai yang kenal di alam siber.

Mungkin selepas ‘membisu’ dan kurang aktif akhirnya… terbabas sikit.. hehehe

Bah, ada yang mahu ditambah dalam list di atas?

error: Content is protected !!